Friday, August 29, 2008

MUKHRIZ : "ANWAR IBRAHIM BERKHAYAL"

Oleh Big Dog

YB Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini menjelaskan bahawa beliau amat sangsi ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Anwar Ibrahim akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat menjelang 16 September ini. Ini kerana PR masih belum membuktikan bahawa ada cukup MP BN akan melompat keluar dan menyokong parti kerjasama yang amat rapuh itu.

Beliau menjelaskan semasa sidang media mengumumkan pra-pelancaran Kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA 2008 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Sungai Besi tengahari tadi.
“Kemenangan Anwar tidak memberi kesan kepada penguasaan dalam Dewan Rakyat. BN tidak kehilangan apa apa kerusi kerana Permatang Pauh memang selama ini dipegang PKR pun”.

“Saya tidak nampak ada 30 MP BN akan keluar dan menyokong PR. Kalau adapun, hanya segelintir”. Perkataan yang digunakan Mukhriz untuk mengambarkan hasrat Anwar ialah “berkhayal” (Dillusional). Tambah Mukhriz lagi, Anwar akan dijangka akan berdalih dan memainkan ‘drama’ untuk menjelaskan kenapa menjelang 16 September ini beliau masih belum mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan PR.

“Hanya Pembangkang sahaja yang merasakan ‘keseronokan’ apabila Anwar menyertai mereka dalam Dewan Rakyat”, sambil membuat analisa bahawa Anwar ialah 80% rhetorik dan hanya 20% fakta. Namun begitu, Mukhriz mengakui bahawa Anwar mempunyai kemampuan oratori yang amat baik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa ahli UMNO, terutama peringkat akar umbi amat gusar dengan Plan Peralihan Kuasa yang hanya akan berkuat kuasa 2 tahun lagi, sebagaimana diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Julai 2008. Ini jelas ditunjukan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh dua hari lepas menunjukan bahawa dengan majoriti yang diperolehi, ada kemungkinan besar ahli UMNO sendiri mengundi PKR.

Perasaan tidak senang kepada Kepimpinan makin menebal dan jelas Mukhriz, “Rakyat makin sukar untuk ‘menelan’ kemampuan Kepimpinan meneruskan plan mereka.

No comments: