Monday, August 18, 2008

ORANG MELAYU DIPERSENDAKAN OLEH GUAN ENG

Oleh Anak Tanah Liat

Ketika Lim Guan Eng, orang Melaka yang dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, mempersendakan pemimpin Melayu dan Islam, ramai orang yang mendengar ceramah beliau di Tanah Liat, Kubang Semang, bertepuk tangan.

Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa bangsa dan agama mereka telah dipersendakan oleh Guan Eng secara halus. Ketua Menteri itu menghina pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Guang Eng kini diberikan "permaidani merah" oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengutuk bangsa Melayu dan Islam dalam ceramahnya di Permatang Pauh.

Beliau yang lupa untuk membantu masyarakat Melayu di Pulau Pinang dengan mengetepikan bantuan kepada mereka termasuk membersihkan longkang dan memotong rumput kini begitu galak membantu kaum Cina di negeri itu. Antaranya membenarkan mereka membesarkan tokong tanpa sebarang masalah.

Kini, bapa Guan Eng, sudah berani mencampuri urusan agama Islam dengan berkata, apakah kerajaan akan membebaskan tuduhan terhadap Anwar jika orang yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah.

Mengapa pula Kit Siang tiba-tiba berminat bercakap mengenai Al-Quran?

Sudah tentulah kerana ia menguntungkan politik DAP anak-beranak di samping secara halus mempersendakan bangsa Melayu dan agama Islam.

Adakah orang Melayu masih terlena dalam mimpi mereka?

No comments: