Oleh: PutriMalaysia
Tinggal 11 hari saja lagi negara kita akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan Negara ke-51. Dengan tema kemerdekaannya iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" amat berpadanan lah dengan Negara malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk serta berbilang kaum.Perpaduan sebenarnya telah mula dipupuk sejak bermulanya zaman merdeka lagi.
Tahun ini nampaknya sambutan meredeka tak se gah sebelum ini. Adakah semangat meredeka semakin luntur dikalangan rakyat Malaysia??? Atau adakah faktor ekonomi yang boleh dikatakan agak goyah berikutan harga minyak naik??? atau faktor kejohanan Olimpik Beijing???atau juga kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh.??Tepuk dada tanya la hati...Apa yang menarik perhatian putri DSAI nampaknya mengeksploitasi sepenuhnya bulan Kemerdekaan ini dengan membuat poster Kemerdekaan versi PKR yang menyatakan andainya mereka memilih DSAI dalam pilihanraya nanti rakyat akan Merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari penggangguran, jenayah dan rasuah dan Merdeka dari penindasan dan kezaliman.
Macam kelakar pun ada juga. Rasanya apa yang dilaungkan hanyalah omong kosong saja.Selama ini pun negara kita aman dan damai.Erm...macam-macamlah modalnya kalau desperate nak menang sangat pilihanraya.Tetapi, walau apapun sebenarnya faktor nya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang merdeka dan hidup di dalam aman damai....
-putrimalaysia-
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA.....
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment