Monday, August 18, 2008

SINGAPURA TIDAK BOLEH BERTINDAK SEWENANG-WENANGNYA

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menegaskan kerajaan bersyukur dengan keputusan ICJ memberikan Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepadanya walaupun kecewa dengan penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Dalam pada itu, beliau berkata, Singapura tidak boleh bertindak secara sewenang-wenangnya berhubung pengumuman zon eksklusif ekonomi adalah terkeluar daripada prinsip-prinsip perundangan antarabangsa.

Tambahan pula, katanya, republik itu juga tiada mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Dr Rais berkata, tuntutan Singapura sehingga 12 batu adalah satu tidak boleh dierima secara praktikal atau teori. Ia berlawanan dengan prinsip batuan yang bukan sebagai pulau, kepentingan kehidupan dan faktor lain. Singapura juga diberitahu untuk memberhentikan segala kegiatan di situ.

Beliau berkata, bantahan itu dizahirkannya secara lisan kepada rakan sejawat dalam pertemuan Mesyuarat Menteri ASEAN di Singapura dan bantahan bertulis pada 1 ogos 2008.

Menteri Singapura diingatkan tindakan berlawanan dengan asas Asean.

Malaysia akan terus bekerjasama dengan jawatankuasa teknikal yang menjalankan tugas bersama termasuk mengikut secara maritim dan daratan, pengukuran hidropgrafik dan penyaluran perkapalan.

Malaysia juga akan meletakkan simbol-simbol kedaulatan negara di Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Selain itu, kerja-kerja dan pengawasan dilakukan di Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.

Dr Rais juga pemilikan dokumen tertentu (yang diusulkan oleh Singapura) tidak mudah dijurus kerana sumber-sumbernya tidak ada di negara ini.

Beliau menegaskan Malaysia tidak pernah berhenti untuk menyusulkan dokumen itu. Oleh itu, beliau meminta rakyat menerima keputusan itu dan kibaran bendera Malaysia di Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan kedaulatan negara di kedua-dua batuan itu.

No comments: