Saturday, August 23, 2008

MENGAPA KAMI PERLU UNDI PKR?

Oleh Aspirasi Bangsa

Seorang pengundi Melayu di Permatang Pauh berkata, kenapa pula kami perlu menyokong PKR dan DAP, sedangkan wakil kami di Kerajaan Negeri pun tiada? EXCO pun kami tak dapat setelah bersusah payah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat?Setelah disiasat, rupanya beliau ialah merupakan penyokong PAS di kawasan berkenaan. ...hmmmm... kami pun terpinga-pinga!..

Sebenarnya suasana kempen PKR di Permatang Pauh pun berbeza, tidak banyak aktiviti besar yang diadakan.Bendera yang dikibarpun kebanyakannya ialah bendera PKR, bendera PAS dan PKR terlalu sedikit.

Tokoh-tokoh utama PAS pun tidaklah banyak berkempen Mahfuz Omar, Mat Sabu dan Nasharudin Mat Isa hampir tidak kedengaran suara mereka berkempen di Permatang Pauh.Memang nampaknya tidak ramailah 'top gun' PAS yang membantu... pengundi di sini memang mengakui keadaan tersebut.Anwar dilihat sebenarnya macam kelemasan terpaksa berpaut kepada siapa yang ada...

No comments: