Sunday, August 24, 2008

PENGUNDI PERMATANG PAUH HARUS INGAT

Oleh Pemikir Negara

John Esposito, seorang orientalis Barat telah menamakan dua norang Muslim di Asia sebagai Muslim Moderate di dalam bukunya bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (1998).

Kedua-dua Muslim yang dinamakan oleh orientalis itu ialah 1. Anwar Ibrahim (Malaysia). 2. Abd Rahman Wahid atau Gus Dur (Indonesia).

Menurut orientalis itu, "Muslim Moderate" adalah muslim yang sebenar-benarnya kerana mempunyai toleransi dengan agama lain dan bersikap pro-Barat.

Menurutnya lagi, sesiapa yang tak termasuk kelompok "Muslim Moderate" digelar sebagai "Muslim Terroris".

Katanya, penganut Islam yang bercita-cita menegakkan "Negara Islam" atau menegakkan perundangan Islam adalah "Muslim Terroris".

Muslim Moderate sesuai untuk Anwar kerana pernah menetap dan bekerja mewakili kerajaan Amerika Syarikat dari tahun 2006-2007. Manakala Gus Dur pula pro Israel apabila diberi anugerah Medal of Valour iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan zionis di Amerika Syarikat.

Tidak hairanlah kedua-dua orng ini sekarang bersatu berkempen di Permatang Pauh dan diberi sokongan kuat (dengan nasihat, wang dan strategi daripada agensi dan ejen-ejen) oleh Amerika Syarikat.

Wira berpendapat pengundi Permatang Pauh perlu memikirkan mengenai kepentingan negara ini daripada impian seorang individu yang kemaruh kuasa semata-mata untuk menjayakan matlamat "tuan"nya di Amerika Syarikat.

No comments: