Oleh Maharaja Blogger
Rocky'Bru menjerit kegembiraan kerana komrednya atau rakan pembelognya meningkat populariti kepada 1 juta “Ah,Nuraina Hit a Million!”.Rocky merasa perlu untuk menyebutkan bahawa Nuraina adalah pembela Anwar Ibrahim dalam saat saat Anwar Ibrahim hendak menebus tuduhan liwat keatasnya menerusi Permatang Pauh.
Nuraina simpati dan fanatik kepada Anwar Ibrahim mungkin kerana mengenangkan Anwar pernah di tahan di bawah ISA seperti bapanya seorang wartawan,nasionalis Melayu kiri yang mengharumkan Utusan Melayu dengan perjuangan menentang penjajahan.Pak Samad ditahan oleh British di Singapura dan ditahan lagi di Malaysia atas konspirasi Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura dengan seorang menteri Malaysia yang gila kuasa.
Bagaimanapun Pak Samad tidak pernah mengkhianati perjuangan bangsanya,tidak pernah menjadi alat kepada imperialis Amerika atau Western Hegemony, tidak pernah dipenjarakan kerana terlibat dengan liwat..Apalah yang hendak dibanggakan seorang anak yang menyeleweng dari perjuangan suci berani bapanya dan bersekongkong dengan orang yang menjadi alat kepada perjuangan “One World American Dream” dan bukannya “One World One Dream.”
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment