Oleh Aspirasi Bangsa
Bapa borek anak rintik... Pemimpin gila kuasa dan kuat nafsu...
Selepas kejadian penyokong PKR memukul jurugambar, kemudian meraba petugas BN dan sekarang EXCO PKR (Negeri Perak) kini ditahan atas tuduhan rasuah wang dan seks.
Menurut laporan berita, Dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.
Lima suspek berusia 45 hingga 57 tahun ditahan pukul 6 petang semalam hasil maklumat orang ramai manakala seorang lagi anggota Exco itu ditahan pukul 10.30 pagi ini.
Laporan Berita Harian sebelum itu, menyebutkan kedua-dua Exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan) dan Kapt (B) Osman Mohd Jailu (Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO).
Jamaluddin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang), manakala Osman adalah Adun Changkat Jering.
Tiga daripada suspek termasuk anggota Exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.
BPR dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment