- Rasional
- Besifat Tawazun (seimbang) kepada semua aspek
- Wasath (pertengahan)
Dalam masa mubahalah (sumpah) Saiful (orang yang mendakwa) merupakan satu-satu cara/kaedah bagi membolehkan pendirian dan ‘kebenaran’ ditegakkan. Justeru, pihak ‘kena tuduh’ juga perlu melakukan perkara yang sama mengikut maksud Surah An-Nur Ayat 9-14 (kedua-dua kena membuktikannya).Persoalan timbul, mengapa DSAI tidak berbuat demikian sebaliknya sanggup berdolak-dalih. Apakah sandiwara ini boleh menyelesaikan mengikut cara Islam?
Persoalannya juga timbul apabila Haji Hadi dan Nik Aziz, masing-masing mempertikaikan cara sumpah yang dibuat oleh Saiful.Kononnya sumpah Saiful tidak mengikut cara Islam. Menurut Haji Hadi ia adalah mengikut cara Yahudi dan Kristian. Menurut Nik Aziz pula ia adalah tidak mengikut Islam.
Mari kita berfikir:
- Islam menggalakkan umatnya supaya menggunakan akal fikiran secara waras (rasional) serta berpandukan kepada bukti yang kukuh sesuai dengan keadaan semasa dan tempat;
- Mengapakah kita tidak gunakan kaedah mubahalah (sumpah) itu sebagai satu bentuk ijtihad daripada kita mempertikaikan tidak ada dalam Islam;
- Konsep ini digunapakai semasa zaman Rasullah dan Zaman Khulafah Ar-Rasyidin berhubung perkara ini;
- Pendapat Haji Hadi dan Nik Aziz hanya semata-mata untuk kepentingan politik bukannya berasaskan kepada konsep Islam (yang digunapakai konsep ijtihad);
- Perkara yang sama berlaku di Zaman Rasullah s.a.w. di mana bila sahabat mengusulkan sesuatu kepada Rasullah s.a.w. tentang perkara yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran maka Rasullah mengajarkan perlunya ijtihad diterima pakai;dan
- Oleh itu apa yang berlaku ke atas Anwar dan Saiful boleh digunakan kaedah tersebut.
Pandangan Penulis:
Apa yang dikatakan oleh Haji Hadi dan Nik Aziz tidak menggambarkan sebagai tindakan ulama ‘tok guru’ dan ilmuwan Islam. Ianya merupakan kenyataan untuk kepentingan politik semata-mata . Kedua-dua pihak yang menuduh dan kena tuduh sepatutnya melakukan sumpah dan kemudian kepada Allah untuk membuktikan nasib mereka.
No comments:
Post a Comment