Oleh Big Dog
Pembantu Mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis pada 28 Jun 2008 mendakwa diliwat Bossnya itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan 23, petang ini bersumpah muhabalah dengan Al Quran dalam Masjid Wilayah Persekutuan dihadapan Imam Besar mengenai dakwaan Anwar meliwat beliau.
Kejujuran Saiful untuk berbuat sumpah sedemikian adalah demonstrasi jelas bahawa beliau ingin membuktikan bahawa beliau di’aniaya’ Anwar untuk melakukan hubungan seksual luar tabii.
Saiful telah menunjukan keberanian yang luar biasa, menyerahkan kepada Allah s.w.t. agar menjatuhkan bala dan laknat sekiranya dakwaan dan pengakuan sumpah muhaballah ini palsu dan sengaja dilakukan dengan tujuan menganiaya Anwar.
Ini bukan pertama kali Anwar terlibat dalam perbuatan jijik ini. Beliau pernah disabitkan dengan jenayah melakukan hubungan seksual luar tabii bawah Kanun Keseksaan Seksyen 377B oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 April 2001. Walaubagaimanapun, pada 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan membatalkan hukuman tersebut, kerana isu teknikal. Namun begitu, Mahkamah bersetuju bahawa Anwar terlibat meliwat Azizan Abu Bakar.
Perbuatan Saiful ini wajar disanjung kerana tabiat Anwar cenderung melakukan hubungan seksual diluar tabii wajar diketahui dunia. Ini kerana Anwar bukanlah seorang insan yang layak menjadi pemimpin kerana tergamak melakukan sifat jijik.
Di samping itu, Anwar yang begitu bercita cita besar mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia semenjak Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) menang luar biasa besar pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan menyaksikan BN buat pertama kalinya gagal mempertahankan kedudukan tradisi menguasai 2/3 Dewan Rakyat.
Saiful sebenarnya berjaya menghalang dari Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dan lantas pemimpin sebuah negara Islam yang paling lantang memperjuangkan isu isu umat Islam sejagat dipersada global, termasuk membidas Amerika Syarikat atas isu isu seperti penjajahan dan jenayah kemanusiaan di Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Lubnan dan bakal akan menjelang, Iran. Anwar yang telah terbukti mempunyai hubungan luar biasa akrab dengan Yahudi Neo Conservative Barat, terutama Amerka Syarikat termasuk Kerajaan, telah dibuktikan Anwar mendapat sokongan kuat yang mendalangi segala usaha menindas dan mengenai umat Islam diperingkat antarabangsa. Perhatian khas media Barat, termasuk Israel atas perkembangan Anwar juga perlu diwaspada secara serious.
Landskap dunia Islam akan berubah sekiranya pemimpin seperti Anwar berjaya diangkat sebagai Ketua Eksekutif negara Islam paling berpengaruh dalam dunia moden ini. Kedudukan sebagai pemimpin Malaysia akan digunakan sebagai alat untuk Barat menguasai seluruh negara negara Islam yang menyanjung Malaysia sebagai negara Islam yang dianggap sebagai ‘ketua’ kepada masyarakat Islam dunia, terutama dari sudut hubungan antarabangsa dan diplomasi, pembangunan ekonomi dan teknologi serta peranan sebagai pencetus isu isu sejagat.
Maka akan bermula babak baru, sandiwara lama, terutama selepas pencalonan Pilihanraya Kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh besok, 16 Ogos 2008, setelah Presiden PKR mengosongkan kerusi yang membawa kedudukan sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, baru baru ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment