Sunday, August 24, 2008

KONSPIRASI ANWAR JAHANAMKAN NEGARA (1)

Oleh Pemikir Negara

Anwar Ibrahim sering menyebut perkata "konspirasi". Ia sentiasa bermain dibibirnya dan berusaha menghasut rakyat di seluruh negara dengan perkataan itu. Tetapi bagi orang bijak, mereka tahu Anwarlah yang sentiasa berkonspirasi menjahanamkan negara.
ina
Baginya, pertuduhan liwat dikatakan konspirasi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga menghina Saiful Bukhari Azlan berkonspirasi. Beliau menuduh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara bersekongkol. Baginya, semua konspirasi terhadapnya.

Marilah kita renung bersama dengan isu pokok yang perlu dibuat oleh Anwar Ibrahim.

1. Anwar sepatut bersumpah "laknat" dengan disaksikan oleh ulama pujaannya Sheikh Dr Mohd Yusof Al-Qardawi, jika benar menjemput Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Sudais; Sheikhkul Al-Azhar, Sheikh Ahmad Al-Tantawi. Jika Anwar tidak bersalah, sudah tentu beliau akan mengusung kitab Al-Quran ke sana ke mari sambil diiringi kumpulan ulama tersohor.

2. Apakah PM, TPM, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Mahkamah tidak ada kerja lain mahu mengenakan Anwar Ibrahim? Ingatkan apa yang disebut oleh Ezam Mohd Nor bahawa Paklah yang telah banyak membantu Anwar selama ini sehingga beliau dibebaskan kerana isu teknikal oleh Makhamah Rayuan. Jangan gigit tangan orang yang melepaskan kita.

3. Bukankah Anwar selama ini bebas ke sana ke mari, memberi kuliah di universiti ternama di luar negara, berdialog dengan pemimpin hebat dunia, ke Hong Kong, Singapura, Taiwan, Turki dan Amerika Syarikat. Tiada siapa menghalang beliau, tiada sekatan, gangguan sehinggalah Pilihanraya Umum ke-12 beliau mengemudikan pakatan pembankang, menang di lima buah negeri dan menafikan majoriti Barisan Nasional. Dulu tuduh SPR tidak jujur tetapi sudah menang senyap saja dan tidak pula memuji SPR. Memang dasar penyangak.

4. Anwar bebas berceramah mengadakan road-show, diberi ruang dalam kaca televisyen termasuk RTM dan kemudian diberi siaran langsung dalam televisyen untuk berdebat dengan Menteri Penerangan sehingga popularitinya mendadak. Walaupun, ada orang UMNO marah dengan memberi ruang kepadanya, hakikat Anwar Ibrahim tidak boleh mengatakan beliau tidak mendapat tempat lagi di televisyen tempatan.

5. Rangkaian hubungannya begitu hebat, besar dan kukuh sehingga Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Dr Condoleza Rice tanpa rasa hormat kepada negara dan pemimpin Melayu, menyokong Anwar Ibrahim. Inipun rakyat Malaysia tidak nampak kaitannya.

bersambung.....

No comments: