Sunday, August 17, 2008

DATUK ARIFF SHAH AKAN BANTU SEMUA PENGUNDI

Oleh Pemikir Negara

Melihat perwatakan calon BN bagi Permatang Pauh, Datuk Ariff Shah Omar Shah, kita akan jatuh cinta kepadanya. Ini kerana beliau seorang bercakap dengan baik dan berbudi bahasa. Cakapnya tidak tinggi dan sentiasa memberi senyuman.

Dalam ceramahnya sejak beberapa hari lalu, Datuk Ariff Shah mahu penduduk Permatang Pauh mengundinya agar beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama keperluan sekarang.

Baginya, yang penting sebagai Ahli Parlimen, beliau mempunyai peruntukan yang membolehkan segala yang diperlukan oleh penduduk setempat diberikan segera tanpa perlu menunggu seperti yang dialami sekarang kerana berwakilkan pemimpin PKR.

Menurutnya, beliau akan sentiasa berada di kawasan untuk melihat keperluan masyarakat setempat daripada pelbagai bangsa dan rekod cemerlangnya selama ini di DUN Seberang Jaya menceritakan segala-galanya.

Datuk Ariff Shah berkata, hubungan baiknya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memberikan satu jaringan bagi membantu penduduk Permatang Pauh yang "ditinggalkan" kerana kesibukan Ahli Parlimen mereka selama ini.

No comments: