Oleh Ashaf Abdullah
Apakah sebenarnya kedudukan PAS dalam isu sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari ?Saya keliru kerana beberapa orang pemimpin PAS telah memberi kenyataan yang bercanggah dalam isu ini.
Adakah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnnya dibolehkan dalam Islam?Pesiden PAS Datuk Hadi Awang, apabila ditanya oleh wartawan berkata Mohd Saiful sebagai orang yang menuduh tidak boleh melafazkan sumpah laknat.
Sebaliknya, kata beliau, hanya orang yang dituduh boleh berbuat demkian.Jelas menunjukkan bahawa Hadi bersikap berat sebelah dalam hal ini. Dalam mahkamah PAS, Mohd Saiful sudah didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman. Anwar tetap tidak bersalah.Apakah Hadi tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa Anwar telah bekali-kali menuduh Mohd Saiful sebagai penipu.
Selepas saja Mohd Saiful membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya, Anwar telah menafikan segalanya dan menuduh Mohd Saiful membuat fitnah bermotifkan politik.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula dalam satu kenyataan yang berkata sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful itu dibolehkan dalam Islam dan yang tertuduh juga perlu melakukan perkara yang sama.
Siapa yang betul? Nik Aziz atau Hadi?
Dan beranikah Anwar melafazkan sumpah laknat seperti Mohd Saiful?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment