Oleh Putri Malaysia
BARISAN NASIONAL perlu bekerja dengan lebih keras dan bukannya sekadar seperti melepaskan batuk ditangga seperti gesaan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, jangan lah pula cepat melatah dan mudah putus asa seandainya ingin melihat BN memenangi kerusi Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Biarkan apa orang nak kata andainya kita berusaha dengan gigih pasti kemenangan dalam genggaman.Yang penting perjuangan perlu diteruskan walaupun banyak desas desus yang kita dengar DSAI akan menang dalam pilihan raya kecil ini kerana mereka mengatakan Permatang Pauh ini dikatakan lubuk PKR.
Tapi betul ke?????Putri fikir tidak....DSAI pula nampaknya selesa sangat dan amat yakin yang beliau akan menang.Namun, Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yakin dan berkata berdasarkan maklum balas rakyat setakat ini, peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu adalah baik.
Ditanya mengenai tuduhan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya BN mengamalkan taktik kotor menggunakan wang untuk memancing undi, Abdullah berkata: “Dia (Anwar) selalu tuduh sebab dia yang buat, (sepatutnya) dia kena respons dululah.”
Selamat berjuang perwiraku.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment