Thursday, August 28, 2008

JANGAN ADA PRASANGKA BURUK

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, berharap kerajaan memilih ketua bank data DNA dengan baik dan jangan diberikan kepada orang yang tidak boleh dipercayai yang diibaratkan seperti melantik "perompak" menjadi ketua bank.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang DNA di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Silam menyifatkan Rang Undang-Undang DNa itu baik dan pihak pembangkang tidak perlu risau dengan pembentangannya.

Menurutnya, R/U DNA adalah rang undang-undang dasar yang boleh dijadikan mekanisme satu peraturan atau kes-kes jenayah tidak sewenang-wenangnya diambil tanpa mengikut peraturan.

Baginya, hak warganegara dipelihara dan tidak dianiaya dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, dua agensi yang terbabit dalam R/U DNA ialah Jabatan Kimia dan Polis Diraja Malaysia yang mempunyai kepakaran sejak dari dulu lagi. Mereka juga mempunyai peraturan dan perlu dihormati oleh semua pihak.

"Siapa lagi yang kita perlu percaya jika kita tahu bahawa pakar kimia yang membuat kajian yang baik. Kita tidak perlu mempertikaikan kerja mereka dan tidak menghormati mereka. Kita juga yang memberi kuasa kepada mereka untuk membuat kajian."

Beliau meminta agar semua pihak tidak mempertikaikan agensi yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan. Mereka yang menjalankan tugas dengan baik dan jangan pula diperlekeh-lekehkan.

"Waktu malam kita boleh tidur dengan selesa kerana pihak keselamatan inilah yang menjaga keselamatan kita dengan baik. " katanya.

Beliau mahu pihak pembangkang bersifat profesional dalam pembentangan R/U DNA ini.

No comments: