Friday, August 22, 2008

BURUK BETUL RUPANYA PKR INI............

Oleh Aspirasi Bangsa

Bila penentang rasuah menerima rasuah... Buruk betul rupanya....

Al kisah... bagi mempertahan tindakan yang EXCO Perak yang korup, seluruh kepimpinan PKR dan DAP khasnya dinegeri Perak menuduh ianya merupakan konspirasi kerajaan BN untuk melemahkan kerajaan Pakatan DAP, PAS dan PKR.

Terkini, BPR pula dituduh menjadi agen BN. Dengan pantas, Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan penahan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai kaitan dengan politik.

Itu biasalah tuduhan mereka yang pendek akal. Bagi pihak yang rasional tentunya tindakan BPR ini adalah sebahagian tugas profesional... bertindak atas maklumat orang ramai demi menjalankan sistem keadilan di negara ini.

Katanya beliau kecewa dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh agensi itu sengaja menahan kedua-dua Exco tatkala demam pilihan raya kecil Permatang Pauh berlangsung.

"Saya kecewa apabila BPR dituduh konspirasi, sekongkol dengan parti pemerintah, itu tak benar. Ini kes jenayah, kita dah tangkap ramai, bekas ketua pengarah Imigresen, pegawai kanan polis pun, kita terpaksa.

"Takkan kerana dekat pilihan raya (kecil)... kita simpan dulu (kes), duit dah bagi". "Bukti sudah ada jadi kita tahanlah mereka," Ahmad Said berkata BPR telah menjalankan siasatan terhadap kedua-dua Exco berkenaan lebih dua hingga tiga bulan lepas dan hanya secara kebetulan tangkapan dilakukan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh.

BPR menahan dua anggota Exco Perak bersama empat orang lagi kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta.

No comments: