Monday, August 18, 2008

APABILA CAKAP BELIT-BELIT......

Oleh Husin Lempoyang

Dalam membaca blog mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim, difahamkan Anwar sudah akhirnya mendapat salinan repot polis pertuduhan Saiful terhadapnya.Anwar berkata terdapat kecacatan dalam laporan polis dan laporan perubatan Saiful. Terdapat fakta yang tidak betul tetapi tidak diberitahu lagi. Seterusnya, Anwar menyatakan ini semua adalah gimik politik yang bertujuan untuk memburuk-buruk nama baiknya.

Sebelum ini, Anwar persoal pada hari dia di caj di mahkamah kenapa pula pertudahan yang berbunyi seolah-olah hubungan seks yang suka sama suka (consensual). Saiful sepatutnya dituduh sama melakukan sodomi juga.Saiful pernah mengatakan dia telah di sodomi sebanyak lapan kali termasuk semasa dia mengikut Anwar keluar negara. Banyak orang hairan kenapa dah lapan kali baru nak repot.

Tapi lani dia sudah sumpah mubahalah dan sedia menerima azab Allah jika berbohong. Tak bolehlah bersangka tak baik terhadap Saiful. Dalam sumpahan mubahalah, Saiful menyebut dalam berketar-ketar tarikh Jun 26, 2008 sebagai tarikh berlaku peristiwa sodomi. Laporan sebelum ini mengatakan ia berlaku di Kondo yang mana Anwar tidak nafi pernah pergi ke kawasan Kondo itu.Anwar juga menganggap sumpah mubahalah Saiful sebagai gimik politik untuk memburukan namanya kerana dilakukan betul-betul sebelum PRK Permatang Pauh.
---------------------------
Ye lah Nuar. Orang lain gimik, kamu tidak. Hmmm ... kalau kamu mubahalah, orang segan nak sangka buruk terhadap kamu.Orang Permatang Pauh kata Anwar ini atoknya sebelah Dato Ibrahim, Hindu jual sesuatu yang masuk Islam. Alhamdulillah masuk Islam.

Pok dia boleh cakap Tamil. Abang dia macam Rani, macam gangster Badshah dalam felem Hindustan.Padan masa dengaq syarahan dia, Husin perasan dalam dia bergurau cakap Tamil dan Hindustan, telo banyak hampirrrr. Kira adalah pertemuan darah atau tanah tumpah darah dengan Samy. Ugama saja lain.

Setakat ini apa yang Anwar sebut pun bunyi macam Samy Velu, "Yang Di Pertua, Saiful telah melakukan satu fitnah yang bertujuan untuk memburuk-burukan nama saya. Saya menuntut tuduhan ini ditarik balik."Bayangkan apa alasan Anwar untuk part yang sebut, "Fakta tuduhan ini salah dan Kota Melaka berbohong.

Saya tidak ada sebuah rumah di Australia tetapi sebenarnya saya ada dua buah rumah di Australia!"Hehehe ... dunia dunia penuh suka menyakat. Lagi untung niaga orang dari niaga unta. Wow!Tak usah teka-tekalah. Kita tunggu mahkamah bermula.

No comments: