Bagi mereka yang berada di Permatang Pauh untuk mendengar ceramah BN, mereka boleh pergi ke Bilik Gerakan Taman Pauh untuk mendengar ceramah Ezam Mohd Nor pada jam 5 petang.
Seperti biasa, bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu akan menjelaskan mengapa beliau yang sudah 30 tahun bersama DSAI keluar parti dan menyertai UMNO.
Dalam ceramah sebelum ini, Ezam berkata, PKR sudah lari daripada perjuangan asal penubuhannya untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.
Penasihat PKR, DSAI kini membuat apa saja untuk menarik undi bukan Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment