Tuesday, August 19, 2008

CAMPUR TANGAN ASING PERLU DIAMBIL BERAT……

Oleh putrimalaysia

Kerajaan Malaysia amat mengambil berat percampuran kuasa asing dalam sistem perundangan Malaysia dan mencemari kedaulatan Negara. Malaysia juga membantah kenyataan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan negara-negara asing yang mana mereka telah mencampuri urusan Negara Malayasia yang bermakna memberi impak kepada imej Negara.

Penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia adalah amat perlu ketika ini dan pihak yang bertanggungjawab nampaknya telah mengambil tindakan yang wajar berkenaan isu itu.

Semua Negara harus mengiktiraf dan menghormati perundangan dan pelembagaan sesebuah Negara lain dan tidak mencampuri serta hentikan sebarang kenyataan yang bermotifkan politik. Sistem perundangan dalam sesebuah Negara adalah hak milik mutlak Negara itu dan mereka tidak boleh masuk campur walaupun mereka adalah sebuah Negara besar.

Sistem sesebuah Negara haruslah diperbetulkan oleh Negara itu sendiri dengan kerjasama antara satu sama lain.

No comments: