Tuesday, August 19, 2008

PUSAT DAN NEGERI PERLU JAGA KAWASAN WARISAN

Menteri Kebudayaan, Perpaduan dan Warisan, Datuk Seri Shafie Afdal, berkata kerajaan akan sentiasa memelihara bangunan dan tempat-tempat bersejarah seperti mana yang terkandung dalam undang-undang sedia ada.

Menurutnya, ini untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh merosak dan menjejaskan tempat-tempat bersejarah itu.

Bagi Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang, ada garis panduan yang menentukan "buffer zone" agar tiada pembangunan pesat yang boleh menjejaskan tempat itu.

DS Shafie berkata, kementerian juga mahu tempat dan bangunan yang mempunyai "historical value" harus dijaga bersama oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri ini penting bagi memastikan kawasan warisan sejarah dunia ini dapat dijaga, yang pasti menjadi tempat menarik untuk pelancong.
***************************************************************************

Wira berpendapat semua kerajaan negeri terutamanya pembangkang perlu menjaga kawasan warisan sejarah ini dengan baik bagi memastikan ia sentiasa "terselamat" sepanjang masa.

Jangan kerana hendak memberikan tanah tertentu kepada kroni kerana baru dapat kuasa memerintah negeri, kerajaan negeri pembangkang tidak mempedulikan tempat bersejarah itu. Ketika itu, semua orang akan rugi kerana bangunan pun sudah "hancur dan hilang".

No comments: