Monday, August 18, 2008

PAK GUS DUR BAIK TIDUR SAJA YA

Oleh Pemikir Negara

Pak Gus Dur hari ini melatah lagi. Kali ini, beliau mengambil keputusan untuk menyokong calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditolak oleh rakyat Indonesia kini bukan saja mencampuri urusan dalam negara ini tetapi mahu menyokong "dari belakang" terhadap calon PKR.

Katanya, Anwar Ibrahim adalah seorang yang bersih dan beliau amat mengenalinya.

Mengapa Pak Gus Dur mengambil keputusan begitu, sedangkan bapak sendiri tahu apa yang dilakukan oleh Anwar selama ini?

Pak Gus Dur perlu memikirkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu serumpun daripada menyokong pemimpin yang memang diketahui perangai sejak dari MCKK lagi.

Pak Gus Dur harus berfikir bahawa tiada manusia yang sanggup "mengaku dan bersumpah dengan Al-Quran" bahawa dirinya diliwat. Implikasinya besar terutama kepada keluarga dan masa depan.

Bagaimanapun, Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dengan ditemani oleh bapanya. Inilah pengorbanan seorang bapa yang dapat merasai penderitaan anaknya.

Pak Gus Dur, eloklah buat apa bapak suka seperti perkara yan didedahkan selama ini termasuk wanita duduk di pangkuan bapak. Jika sudah tidak larat lagi, baiklah bapak tidur.

No comments: