Friday, August 22, 2008

KENALILAH BAIK-BAIK SIAPA ITU ANWAR IBRAHIM

Oleh Anggun Sabah

Nama Anwar Ibrahim bukanlah nama baru dalam kepimpinan dan politik Malaysia. Namanya melonjak di Baling, Kedah dan Universiti Malaya dalam isu kejatuhan harga getah dan isu kemiskinan di Kedah 1970-an.Merupakan bekas pemimpin pelajar Persatuan Bahasa Melayu di Universiti Malaysia, Lembah Kuala Lumpur. Beliau adalah pelopor Angkatan Belia Islam Malaysia, PAS turut mengidam kehadiran Anwar Ibrahim dalam organisasi.

Lakonan Anwar Ibrahim cukup bijak, licik dan strategik. Beliau telah memasukkan ramai orang ABIM ke dalam pelosok Umno dan memasang impian menjadi PM.Laluan mudah, pelopor dan ruang serta sokongan Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan Anwar menjadi “rising star”serta beliau telah mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin Ketua Pemuda Umno, Anwar Ibrahim kemudian dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia & Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran. Hal ini tidak disenangi oleh pemimpin lama dan bakal pemimpin sedia ada. Beliau telah mencorakkan team wawasan dalam pemilihan Umno dan memalukan tokoh dan pejuang Umno Tun Ghaffar Baba dalam pertandingan timbalan presiden Umno.

Pada tahun 1998 beliau telah merancang menjatuhkan mentornya sendiri dengan membeli bahagian Umno dan seluruh negara. Malah beliau adalah pelopor politik wang dalam Umno yang tulen dan petualang sejati.Menjadi juara demokrasi jalanan yang memalukan negara, hampir negara darurat diisytiharkan pada 1998.

Akhirnya Anwar menjadi petualang bangsa, didorong oleh Anwar atas nama Syarikat dan Chavinis DAP dan PAS yang mengkhianati bangsa Melayu, masa depan Melayu, agama dan ketuanan Melayu. Itulah karisme Anwar dalam Umno Melayu...Mari la kita fikir bersama ini ka org yg kita pilih jd pemimpin?

No comments: