Thursday, August 21, 2008

JANGAN BAGI RUANG KEPADA "PEMIMPIN MINAH"

Oleh Sumandak Bayu

Bukan main lagi berita ni tersebar sampai di pelusuk kampung kat pedalaman Sabah. Saya nak ucap tahniah juga kat Anwar kalo dia dapat jadi PM sebab dah lama dia idamkan jawatan ni sebelum dia dimasukan ke lokap (zaman Tun Mahathir). Orang Sabah cakap takut kempunan susah lagi jatuh nanti dari kapal terbang masa nak pigi Amerika Syarikat jumpa kawan baik dia.

Nak tahu juga apa sumbangan Anwar sampai ramai yang taksub dengan dia khususnya di Permatang Pauh. Lepas tu balik-balik cakap ada pemimpin dari Sabah nak lompat parti untuk membentuk kerajaan baru. Sekarang ni lagi manifesto Anwar di P.44 Permatang Pauh bukan alang-alang 'Permatang Pauh Ke Putrajaya'. Hebat angan-angan Anwar.

Tapi sekarang ni Anwar terima pula tuduhan liwat, kalo cakap pasal ni saya pun tak suka sebab kita bukan nak lihat masalah peribadi dia tapi kita nak tengok kepimpinan dia mengalahi pemimpin dulu atau sekarang ni kan. Tak kira lah dia nak jadi 'Gay' ke 'MakNyah' ke yang penting dia pandai pimpin kita. 'Power' dia bercakap dalam ceramah sampai orang macam kami percaya tapi tak tahu lah betul atau tidak fakta yang dia bawa.

Macam juga karektor isteri dia, rakyat kat Permatang Pauh sanggup tolak pembangunan selama 10 tahun demi memberi undi simpati pada beliau setiap kali Pilihanraya Umum. Jadi mungkin juga pengundi Permatang Pauh nak tolakpembangunan sekali lagi dan beri peluang "Pemimpin Minah" mentadbir negara.

No comments: