Showing posts with label PRKPP. Show all posts
Showing posts with label PRKPP. Show all posts

Monday, August 25, 2008

DUA MAJLIS MERAIKAN KEMENANGAN ANWAR

PKR sudah menyusun dua majlis meraikan kemenangan calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Permatang Pauh dan Kuala Lumpur.

Sumber terdekat PKR berkata, majlis itu diadakan untuk membolehkan Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan beliau.

Katanya, majlis di Kuala Lumpur akan dihadiri oleh petugas-petugas luar Permatang Pauh yang berkampung sejak sebelum penamaan calon terutama dari Wilayah Persekutuan.

MANA PKR DAPAT DUIT ?

Oleh Big Dog

Hari ini, kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh masuk ke gear yang lebih tinggi. Pemimpin kanan PAS Dato’ Seri Hadi Awang dan Dato’ Dr. Harun Din dijangkakan akan turun padang berkempen bagi calon PKR, Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim.

Sokongan parti Islam ini amat signifikan kepada kempen Anwar. Ini kerana sedikit sebanyak, setelah pengakuan bersumpah laknat Saiful Bukhari Azlan diliwat Anwar di Masjid Wilayah minggu lepas telah mengurangkan sokongan orang Melayu sekitar Permatang Pauh bagi calon PKR itu. Dengan endorsement ini, maka ia akan mengembalikan sokongan padu kepada Anwar.

Sekiranya usaha taktikal ini tidak berapa meninggalkan kesan kepada kempen Anwar, maka dijangkakan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat juga akan dibawa ke Permatang Pauh esok. Walaupun beliau uzur, usaha ini akan diteruskan juga untuk menentukan Anwar menang dengan majoriti yang amat selesa.

Tumpuan khusus diberikan kepada sokongan pengundi Melayu sekitar Permatang Pauh kerana undi Bukan Melayu, terutama keturunan Cina kepada Anwar dan PKR adalah begitu padu. Ini kerana masyarakat Cina amat berharap agar Anwar mendapat tempat dalam persada politik perdana, termasuk mempunyai peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun beliau akan dibelenggu dengan kes jenayah yang sememangnya akan berpanjangan.

Walaupun Pengarah Pilihanraya BN Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang jauh lebih baik dengan ucapan yang jauh lebih bermutu berbanding dengan Anwar, namun begitu momentum yang dapat dijana oleh BN dalam kempen Permatang Pauh ini jauh lebih meleset berbanding dengan apa yang berjaya dilakukan PKR.

Dalam pada itu, kempen PKR di Permatang Pauh amatlah berstruktur dan effisyen. Jentera kempen dan sokongan kempen amatlah cekap, termasuk pengurusan media dan bahan untuk propaganda. Ianya begitu professional sehinggakan mirip kempen Barrack Obama, calon parti Democrat di Pilihanraya Presiden AS hujung tahun ini.

Kini yang menjadi misteri, dari mana sumber kewangan PKR untuk menjana kempen politik begini effisyen. Keahlian PKR tidaklah seberapa. Namun begitu, jentera PKR amatlah mantap dan mampu menyediakan kemudahan logistik yang cukup baik, termasuk pusat media yang lengkap dan canggih. Para petugas media juga disediakan kemudahan shuttle untuk membawa petugas meliputi keseluruhan program kempen.

Ini semua amat berbeza dengan kemudahan yang disediakan PKR semasa Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum ke 12 Mac lepas. Di Sarawak, jentera PKR hampir lumpuh kerana pembiayaan ‘tidak turun’, walaupun pemimpin yang datang dari Kuala Lumpur ketika itu menginap dihotel bertaraf 4/5 bintang sekitar bandar bandar besar dan menyewa kenderaan pacuan empat roda mewah untuk kegunaan mereka.

Persoalan sekarang, mana datang pembiayaan untuk kempen kali ini? Apakah PKR tiba tiba mendapat penjanaan kewangan luar, terutama apabila Anwar bertanding, hanya kerana Anwar ialah ‘Darling of the West, especially Neo Conservative Jews’? Atau Anwar, yang hilang pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana dihukum penjara, memang sebenarnya berada dan mampu menjana kempen Pilihanraya Kecil Parlimen dengan magnitud yang sebegitu, yang sememangnya berjuta Ringgit belanja?

SHARING A WILD DREAM.....

By AgendaDaily

The ties that bind the Pakatan Rakyat coalition is slowly losing its grip as the difference in opinion between DAP and PAS is further driving the two parties apart.

As if to react to the call by PAS members during its muktamar held in Ipoh recently, DAP’s secretary-general Lim Guan Eng, during the closing of the party’s national congress held in Kuala Lumpur, on Saturday announced that “it will reject any move to form an Islamic state”.

This is among the challenges faced by Pakatan Rakyat in the midst of it contention to form the government by September 16.

The question is how can the loose coalition claim that they can form the government when they differed in opinion on concept of the government.

While PAS and DAP is facing a fall out on the form of the government, PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim is facing a tough challenge in the Permatang Pauh by-election. Besides facing the sodomy case, his former tennis partner exposure on him receiving RM60 million from Magnum Corporation has also further causing confusion among his supporters.

“Pakatan Rakyat forming the government is not only a wishful thinking, but also a wild dream,” said an UMNO minister, adding that “however, what’s baffled us is that there are still those who believed in the theory,” he added.

Despite the assurance by Sabah MPs that the crossover claim by Pakatan Rakyat was not true, the Pakatan Rakyat, especially PKR members believed that Anwar will be “crowned” Prime Minister by September 16.

In all honesty the right thing for Anwar to do is to stop dreaming of replacing Abdullah Ahmad Badawi but should concentrate on winning the Permatang Pauh seat while retaining and increasing the majority secured by his wife in the March general election.

This is because winning the seat alone is not enough if Barisan Nasional managed to reduce the majority. - 24/8/2008

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

Oleh ANTI PKR

Anwar dan Azizah lupa daratan. Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1

WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM

PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2

WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM

PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3

WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM

PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.

KESIMPULAN

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, MENABUR ONAR DAN FITNAH kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, kalau memang Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah,
Insyaallah.

Sunday, August 24, 2008

POLITIK ANWAR DIKUBURKAN PADA 26 OGOS INI

Oleh Pemikir Negara

Berdasarkan perkembangan terkini di Parlimen Permatang Pauh, serta isu-isu yang timbul, maka Anwar berangan-angan hendak ke Putrajaya nampaknya semakin jauh.

Lawannya, Datuk Arif Shah Omar Shah, semakin lantang dan semakin mendapat sambutan. Calon BN menjadi harapan kepada penduduk PP untuk membawa perubahan kepada seluruh kepada kawasan itu.

Saya menasihatkan kepada pengundi PP jangan sekali-kali terpengaruh dengan pujuk rayu jentera PKR yang melawat dari rumah ke rumah kerana segala yang dijanjikan oleh perayu PKR adalah palsu dan di luar bidang kuasanya.

Kerana jika Anwar menang pun, tidak mampu menubuhkan kerajaan. Dakwaan Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008, hanya merupakan angan-angan Mat Jenin semata-mata. Ia tidak akan menjadi kenyataan. Ini berdasarkan kerusi pembangkang hanya 82 kerusi. Masih memerlukan 30 kerusi lagi bagi mendapat majoriti mudah.

Persoalannya dari mana hendak mendapat 30 kerusi tambahan ini. Ini yang dikatakan oleh Datuk Seri Hadi Awang sebagai "angan-angan Mat Jenin".

Jangan terpengaruh dengan drama dimainkan oleh Anwar dalam kempennya.

Ingat jangan buang masa. Jangan rosakkan masa depan orang Melayu.

Mengundi Anwar ibarat membunuh orang Melayu. Bukan Melayu Permatang Pauh semata-mata tetapi Melayu di seluruh negara.

Justeru kuburkanlah cita-cita Anwar ini pada 26 Ogos 2008.

Selamat mengundi.

LOGO PKR SIMBOL GERAKAN BISEKSUAL


(Video persamaan simbol biseksual dengan logo PKR)

Oleh Warta Citra Cafe

Cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi topik hangat disetiap meja cafe. Macam -macam cerita, ulasan dan analisa. Permatang Pauh berada kira-kira 230 km dari warta citra cafe, tetapi cerita, ulasan dan analisa politik permatang pauh seolah-olah cafe berada dalam kawasan pilihanraya. Inilah kesan daripada mudahnya pelanggan mendapat maklumat melalui media dan alam siber.

Satu topik yang paling hangat diperkatakan adalah soal bendera Parti Keadilan Rakyat yang bersamaan dengan simbol gerakan kumpulan biseksual di Eropah khususnya di Germany. Kedua-duanya menggunakan bulan sabit disusun sebegitu rupa agar nampak berlainan dan digunakan warna-warna tertentu. Apabila dikaji dan dianalisa, maka persamaannya semakin ketara. Dikalangan pengamal komunikasi subliminal, ini adalah teknik komunikasi secara tidak sedarkan diterapkan dalam pemikiran sasaranya. Mungkinkan perjuangan PKR yang berteraskan keadilan juga memperjuangkan keadilan kepada pengamal biseksual.

Mungkin kebetulan, tetapi perkembangan akhir-akhir ini berkaitan dengan Penasihat PKR menberi tanggapan bahawa inilah mendasari perjuangan PKR. Di Amerika, penggunaan simbol-simbol tertentu secara tersirat amat lazim dalam menerapkan sesuatu mesej secara dibawah sedar kepada sasaran mereka. Contohnya matawang dollar Amerika yang mempunyai satu mata dipuncak piramid adalah simbol kejahatan dan keinginan menguasai umat sejagat.

Mungkinkah????....

USAHA MENYERANG LANUN NEGARA

Oleh Maharaja Blogger

Seorang peguam terkemuka Datuk Muhammad Shafee Abdullah telah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang disifatkannnya sebagai boneka kepada individu tertentu dalam perjuangan politik dan juga sebagai seorang pengecut yang sering membaling batu sembunyi tangan.

Dalam sidang akhbar yang disiarkan oleh TV3 Shafee menyebutkan Raja Kamaruddin sebagai ‘Raja Pariah’

Ketika negara dan rakyat berada ditaraf moral yang sangat rendah kerana melihat bermaharajalelanya keganasan beberapa orang penjenayah siber atas nama kebebasan dan demokrasi,ketika rakyat berada dalam kekecewaan melihat pihak berkuasa seperti tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap mereka,maka muncul seorang manusia yang berani menelanjangkan seorang keturunan raja sebagai ‘RAJA PARIAH’.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada peguam Shafiee Abdullah yang telah bangun dengan berani untuk menyedarkan seluruh rakyat bahawa negara ini mempunyai undang undang setelah pihak yang patut menjalankan undang undang menampakan kelemahan yang tidak pernah disaksikan oleh negara selama ini.

Negara ini hendak menjadi negara nombor satu dalam kebebasan dan demokrasi supaya setaraf dengan kebebasan global(ala British dan Amerika) sekalipun taraf berfikir rakyat disedri sebagai taraf kelas tiga.

Akhirnya kesalahan langkah ini benar benar terbukti bila muncul ‘Raja Pariah’ dan ‘Raja Lanun’ yang membuktikan kebenaran anggapan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew bahawa Melayu berasal dari lanun yang kemudiannya menjadi raja memerintah negeri.

Inilah yang telah dibuktikan oleh Raja Petra Kamaruddin yang diberanikan oleh sokongan Maharaja Lanun yang telah mengganas di negara ini dengan berbagai bagai bagai pembohongan,fitnah,hasutan dan sebagainya.

Rakyat yang setia berada dalam keadaan amat bimbang dan kecewa kerana kerajaan seperti tidak berkuasa untuk meletakan batas kepada suasana anarki ini malah ada pihak di belakang yang berkuasa sendiri yang secara diam diam menyokong perbuatan ini untuk Malaysia berada dalam fesyen dunia baru.

Shafee telah muncul,bangun berdiri didalam keadaan rakyat memerlukan pergantungan.Tahniah kerana keberanian anda.Kita mesti menyedarkan seluruh blogger bahawa negara ini bukan negara untuk pembelog lanun dimana mereka boleh melanun di dunia yang tidak kelihatan ada pengawal.

Disini ada Akta Hasutan ,disini ada kedudukan kedudukan istimewa bagi pribuminya,disini ada kemuliaan bagi Agama Islam sebagai agama rasminya ,disini kita mempunyai Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja yang mutlak dan kita tidak mahu raja raja lanun.Malaysia mesti membuktikan zaman Raja Lanun telah berakhir.

Tahniah sekali lagi Shaffe,engkau telah bangun sebagai wira negara ketika negara memerlukan!
Dalam keadaan sekarang,negara memerlukan bukan seorang peguam sebagai Shafiee,kita memerlukan lebih ramai,ribuan malah jutaan orang seperti Shafee dan kita tidak memerlukan Menteri Undang Undang yang bacol seperti Zahid Ibrahim.

Dan disini kita ada MAHARAJABLOGGER yang senantiasa menjunjung tinggi kesucian dan kedaultan perlembagaan , yang akan membantu perjuangan Shafie untuk menelanjangkan satu demi satu anak anak raja lanun dan pengikut setia Raja Pariah dalam masyarkat blogger di Malaysia.

ERASING THE ANWAR IBRAHIM'S MYTH

By AgendaDaily

When Anwar Ibrahim former tennis partner S. Nalakaruppan exposed that the Permatang Pauh PKR by-election candidate took RM60 million, of Magnum Corporation money, its further dented his image as a liberal Islamic leader.

For more than four decades, Anwar has been projecting himself as a true-Islamic leader, which earned him international support. He has been rubbing shoulders with Islamic scholars both in the east and the west.

To avoid him being labeled a conservative and fundamentalist, he also made friends with US leaders which earned him a positive image in the east.

However, the Permatang Pauh by-election has extremely harmed this image. One by one of his former closed and trusted aides, revealed the real side of Anwar which has erased the “Anwar Ibrahim-myth”.

Nalakaruppan exposure is the most damaging. His revelation, which was made in a ceramah in Permatang Pasir on Friday night, has caused him to receive threats which forced him into hiding until today.

In Islam, gambling is as the same level of adultery and the consumption of liquor. For an Islamic leader to be involved in such an act would be a big blow as to be associated with using ill-gained money is not accepted.

This is because as in Islam because the ends do not justify the means.

Meanwhile another Anwar’s former aides Ezam Mohd Noor revealed that the US is supporting his fomer boss because they was an arrangement between the government and Anwar on Malaysia’s sovereignty such as the right to the Straits of Malacca.

In short Ezam accused Anwar of selling the country for his own personal gain – power and position. This is seriously erasing the Anwar Ibrahim’s myth. Besides the allegation of sodomy on his former coffee boy, Anwar is also fighting to upkeep his Islamic image.

Only the Permatang Pauh voters can decide on that whether to reveal the real image or continue to stick with the myth of Anwar Ibrahim. - 23/8/2008

GUS DUR SHOULDN'T ABUSE HOSPITALITY



By : JOHN TEO

FORMER Indonesian president Abdurrahman Wahid parlayed his credentials as a highly regarded Islamic teacher into high office before getting his presidency unceremoniously cut short and suffering the ignominy of becoming the first head of state to be impeached in his country.

After his high-wire political act, the man many know simply as Gus Dur now seems to be employing his quixotic brew of religion and politics again, but this time in the potentially volatile environment of already fraught Malaysian-Indonesian relations.

Read more at wiramalaysia2.blogspot.com .

JANGAN UNDI ANWAR


(Simbol biseksual yang sama dengan logo PKR)

Oleh Pemikir Negara

Perjuangan Anwar membawa masyarakat menuju kemusnahan.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah peluang terakhir bagi Anwar mendapatkan kuasa bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita.

Justeru para pengundi di Permatang Pauh tidak perlu memberi undi kepada orang yang diketahui bersekongkol dengan Amerika Syarikat sejak 1986 lagi.

Mengundi Anwar memberi ruang kepada Amerika bertapak di negara ini dan seterusnya rakyat dijajah seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Di samping menjadikan Malaysia sebuah pusat pengkalan Israel kedua selepas Singapura, mengundi Anwar bererti kita terlibat secara langsung untuk menghancurkan masa depan negara.

Justeru kita akan menjadi hamba abdi di bumi sendiri.

Awas, selaku pengundi jangan buang masa. Undilah Datuk Arif Shah yang sudah entu boleh membawa kita ke arah kemajuan. InsyaAllah.

UTAMAKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA

Oleh Pemikir Negara

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, meminta pengundi Permatang Pauh mengutamakan kepentingan agama dan bangsa dalam membuat undi pada 26 Ogos ini.

Menurutnya, perkara utama yang perlu difikirkan ialah usaha memperjuangkan agama yang ketika ini "sedang dipermain-mainkan" oleh pihak tertentu kerana tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membela mereka.

Katanya, orang lain berani mempermainkan bangsa Melayu kerana mereka tahu ada pemimpin Melayu yang bernama Anwar Ibrahim yang menyokong mereka demi kerana cita-cita politik untuk menjadi Perdana Menteri.

"Jangan gadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk mencapai impian peribadi. Hormatilah apa yang dilakukan oleh pengasas bangsa untuk memastikan Malaysia ini aman dan stabil. Apa yang Anwar lakukan ialah menghina pengasas bangsa.

"Apa jenis orang seperti ini yang tidak mementingkan negara? Jangan robohkan apa yang dibina sekarang. Jangan kerana ingin mendapat kuasa kita sanggup menghina pengasas bangsa. Negara lain pun tidak berbuat demikian.

"Apakah orang seperti ini yang kita mahu pilih. Saya sudah lama dengan beliau dan tahu apa yang ingin beliau mahu. Hanya untuk dirinya saja." katanya dalam ceramah di Taman Pauh, dua hari lalu.

VOTERS IN PERMATANG PAUH ARE ARIF...

By Zukri Valentino

History could just happened in Pulau Pinang...

Barisan Nasional candidate for the Permatang Pauh Parliamentary by-election Arif Shah Omar Shah stands a better chance to win. It might be difficult, but its not impossible because nothing is impossible in Malaysian politics.

Being an examplary state assemblyman thus far this white-haired OCBC might pulled of an upset against the overwhelmingly favoured candidate from Parti Keadilan Rakyat.

While there was an enormous preassure on PKR to win, it was less on Arif who is readily embraced by just any other voter in P44. He might just snap away the parliament seat by the slimmest of a majority.

Arif means clever or smart in Bahasa Melayu, actually its Arabic for clever and smart.

And voters in Permatang Pauh are Arif enough to make a choice, which is not very difficult...

NO THEOCRATIC STATE : GUAN ENG

By PROPAS

DAP secretary-general Lim Guan Eng today reiterated his party would reject any proposal to turn the country into a theocratic state, whether Islamic or Christian, fuelling speculation it will just be a matter of time before the Chinese-dominated party hits the collision course with coalition partner and Islamic hardliner PAS.

It's almost comfirm that NO THEOCRATIC STATE..
1. It's mean NO ISLAMIC STATE,
2. NO HUDUD AND NO ISLAMIC LAW,
3. NO SPECIAL DEPARTMENT FOR ISLAMIC AFFAIR,
4. NO SPECIAL FUND FOR THE ISLAMIC SCHOOL,
5. NO SPECIAL FUND FOR THE MOSQUES
6. NO SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Only Anwar Ibrahim will fullfil DAP ambitious....... Congrats to PAS!!!!...

ANWAR, RPK DAN BALA BERBOHONG - SYED RAHMAN

Oleh Aspirasi Bangsa

Selepas YAB DS Najib bersumpah tidak mengenali Attantuya Shariibu, kini Dato' Syed Abd Rahman Al-Habshee pula memberikan kenyataan bahawa bahawa segala dakwaan yang dibuat oleh DSAI, Raja Petra dan Balasubramaniam adalah pembohongan besar!!

Menurut laporan Buletin Utama Beliau menyebut "tidak ada manusia di Malaysia ini lebih tahu daripada saya, sayalah orangnya yang menerajui segala penyiasatan setelah kematian Attantuya Syariibu, sayalah orang pertama pergi ke Mongolia dan buka peti besi simpanan dan melihat dokumen-dokumen yang disimpan oleh si mati. Tidak ada satu perkataan pun yang tercatit nama Dato' Seri Najib di mana-mana sekalipun!

Kemudian beliau berkata "apa yang dikata oleh beliau ada gambar kononnya, ada video, ini semua adalah bohong!"

Kebenaran semakin teserlah.....

ANWAR IBRAHIM - TALAM DUA MUKA


(Simbol biseksual sama dengan logo PKR)

Dengan Melayu, Anwar Ibrahim berkata:

"Kita akan dirikan negara Islam Madani, mengukuhkan perundangan Islam. Bangsa Melayu tetap akan dibela. Kami akan bekerjasama dengan Pas melaksanakan Hukum Hudud di beberapa negeri. Hak Melayu akan dilindungi. Hak agama Islam sebagai agama rasmi kekal dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa."

Dengan Cina, Anwar Ibrahim berkata:

"Kita akan bina negara di mana semua bangsa dan agama sama rata seperti di Singapura. Hidup bersaing berasaskan merit. Tiada mana-mana kaum yang lebih istimewa dari kaum yang lain. Hak menerima bantuan, pendidikan dan ekonomi dinikmati sama untuk semua kaum. Orang-orang Cina adalah saudara saya. Bukan semua Melayu pandai, termasuk pemilihan Naib Canselor Melayu yang tidak pandai."

Dengan India, Anwar Ibrahim berkata:

"Kami akan bebaskan Hindraf. Saya akan jadi "Sivaji the Boss" yang membela nasib masyarakat India dan memerdekakan kaum India daripada kesusahan. Agama Hindu akan kami tolong. Lebih banyak kuil-kuil boleh dibina dengan peruntukan kerajaan. Semua agama adalah sama demi mencari kebahagian sejagat. Orang India adalah saudara saya. Kami akan membela sampai titisan dari terakhir jika kovil Hindu diroboh."

(Anwar tidak pernah konsisten di dalam ucapannya. Ini adalah helah beliau untuk meraih undi semua kaum. Akhirnya kita semua tidak tahu apa yang beliau perjuangkan. Menurut Ezam Mohd Nor, Anwar Ibrahim sanggup lari daripada perjuangan asal PKR untuk membantu bangsa Melayu tetapi kini membuat apa saja untuk mendapatkan undi bukan Melayu. Ini termasuk mengetepikan kepentingan Melayu.)

PELUANG BN MAKIN CERAH

Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman

Anwar semakin tertekan, laluan ke Parlimen tak mudah WALAUPUN agak lesu, riak muka petugas Barisan Nasional (BN) kelihatan ceria menjelang dua hari lagi hari mengundi Selasa ini. Apabila ditanya peluang menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka agak cuak memberikan jawapan. Mungkin kerana belum ada tanda-tanda yang meyakinkan mereka untuk menang. Memang banyak pihak tidak yakin BN mampu menggugat Anwar, namun selepas seminggu berkempen, peluang untuk menang dikatakan cerah. Kelmarin, kedudukan kelabu di sesetengah kawasan dilaporkan bertukar kepada putih. Namun, kedua-dua pihak menyatakan keyakinan untuk menang, tetapi kali ini dilihat Anwar lebih banyak bertahan akibat kempen agresif BN.

Berita selanjutnya dalam wiramalaysia2.blogspot.com .

KONSPIRASI ANWAR JAHANAMKAN NEGARA (1)

Oleh Pemikir Negara

Anwar Ibrahim sering menyebut perkata "konspirasi". Ia sentiasa bermain dibibirnya dan berusaha menghasut rakyat di seluruh negara dengan perkataan itu. Tetapi bagi orang bijak, mereka tahu Anwarlah yang sentiasa berkonspirasi menjahanamkan negara.
ina
Baginya, pertuduhan liwat dikatakan konspirasi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga menghina Saiful Bukhari Azlan berkonspirasi. Beliau menuduh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara bersekongkol. Baginya, semua konspirasi terhadapnya.

Marilah kita renung bersama dengan isu pokok yang perlu dibuat oleh Anwar Ibrahim.

1. Anwar sepatut bersumpah "laknat" dengan disaksikan oleh ulama pujaannya Sheikh Dr Mohd Yusof Al-Qardawi, jika benar menjemput Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Sudais; Sheikhkul Al-Azhar, Sheikh Ahmad Al-Tantawi. Jika Anwar tidak bersalah, sudah tentu beliau akan mengusung kitab Al-Quran ke sana ke mari sambil diiringi kumpulan ulama tersohor.

2. Apakah PM, TPM, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Mahkamah tidak ada kerja lain mahu mengenakan Anwar Ibrahim? Ingatkan apa yang disebut oleh Ezam Mohd Nor bahawa Paklah yang telah banyak membantu Anwar selama ini sehingga beliau dibebaskan kerana isu teknikal oleh Makhamah Rayuan. Jangan gigit tangan orang yang melepaskan kita.

3. Bukankah Anwar selama ini bebas ke sana ke mari, memberi kuliah di universiti ternama di luar negara, berdialog dengan pemimpin hebat dunia, ke Hong Kong, Singapura, Taiwan, Turki dan Amerika Syarikat. Tiada siapa menghalang beliau, tiada sekatan, gangguan sehinggalah Pilihanraya Umum ke-12 beliau mengemudikan pakatan pembankang, menang di lima buah negeri dan menafikan majoriti Barisan Nasional. Dulu tuduh SPR tidak jujur tetapi sudah menang senyap saja dan tidak pula memuji SPR. Memang dasar penyangak.

4. Anwar bebas berceramah mengadakan road-show, diberi ruang dalam kaca televisyen termasuk RTM dan kemudian diberi siaran langsung dalam televisyen untuk berdebat dengan Menteri Penerangan sehingga popularitinya mendadak. Walaupun, ada orang UMNO marah dengan memberi ruang kepadanya, hakikat Anwar Ibrahim tidak boleh mengatakan beliau tidak mendapat tempat lagi di televisyen tempatan.

5. Rangkaian hubungannya begitu hebat, besar dan kukuh sehingga Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Dr Condoleza Rice tanpa rasa hormat kepada negara dan pemimpin Melayu, menyokong Anwar Ibrahim. Inipun rakyat Malaysia tidak nampak kaitannya.

bersambung.....

PENGUNDI PERMATANG PAUH HARUS INGAT

Oleh Pemikir Negara

John Esposito, seorang orientalis Barat telah menamakan dua norang Muslim di Asia sebagai Muslim Moderate di dalam bukunya bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (1998).

Kedua-dua Muslim yang dinamakan oleh orientalis itu ialah 1. Anwar Ibrahim (Malaysia). 2. Abd Rahman Wahid atau Gus Dur (Indonesia).

Menurut orientalis itu, "Muslim Moderate" adalah muslim yang sebenar-benarnya kerana mempunyai toleransi dengan agama lain dan bersikap pro-Barat.

Menurutnya lagi, sesiapa yang tak termasuk kelompok "Muslim Moderate" digelar sebagai "Muslim Terroris".

Katanya, penganut Islam yang bercita-cita menegakkan "Negara Islam" atau menegakkan perundangan Islam adalah "Muslim Terroris".

Muslim Moderate sesuai untuk Anwar kerana pernah menetap dan bekerja mewakili kerajaan Amerika Syarikat dari tahun 2006-2007. Manakala Gus Dur pula pro Israel apabila diberi anugerah Medal of Valour iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan zionis di Amerika Syarikat.

Tidak hairanlah kedua-dua orng ini sekarang bersatu berkempen di Permatang Pauh dan diberi sokongan kuat (dengan nasihat, wang dan strategi daripada agensi dan ejen-ejen) oleh Amerika Syarikat.

Wira berpendapat pengundi Permatang Pauh perlu memikirkan mengenai kepentingan negara ini daripada impian seorang individu yang kemaruh kuasa semata-mata untuk menjayakan matlamat "tuan"nya di Amerika Syarikat.

Saturday, August 23, 2008

MENGAPA KAMI PERLU UNDI PKR?

Oleh Aspirasi Bangsa

Seorang pengundi Melayu di Permatang Pauh berkata, kenapa pula kami perlu menyokong PKR dan DAP, sedangkan wakil kami di Kerajaan Negeri pun tiada? EXCO pun kami tak dapat setelah bersusah payah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat?Setelah disiasat, rupanya beliau ialah merupakan penyokong PAS di kawasan berkenaan. ...hmmmm... kami pun terpinga-pinga!..

Sebenarnya suasana kempen PKR di Permatang Pauh pun berbeza, tidak banyak aktiviti besar yang diadakan.Bendera yang dikibarpun kebanyakannya ialah bendera PKR, bendera PAS dan PKR terlalu sedikit.

Tokoh-tokoh utama PAS pun tidaklah banyak berkempen Mahfuz Omar, Mat Sabu dan Nasharudin Mat Isa hampir tidak kedengaran suara mereka berkempen di Permatang Pauh.Memang nampaknya tidak ramailah 'top gun' PAS yang membantu... pengundi di sini memang mengakui keadaan tersebut.Anwar dilihat sebenarnya macam kelemasan terpaksa berpaut kepada siapa yang ada...

Friday, August 22, 2008

ANAK TEMPATAN JADI PILIHAN


Oleh Aspirasi Bangsa

Sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen. Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

Semenjak 1982, apabila Anwar mula bertanding sehingga kini tiada calon berasal dari anak tempatan yang menjadi wakil ahli Parlimen sehingga kini Anwar bertanding semula pada pilihanraya kecil 2008.Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar).

La ni kena ambil lah semula.....Melihat beliau berceramah di dalam buletin Utama semalam memang "dahsyat la" lancar sungguhla berbahasa Cina... Melihat pada Calon BN ini, semuanya ada berbangsa Melayu (keturunan mamak kira-kira macam wakil kaum India sekali, beragama Islam wakili bangsa Melayu, dan hebat berbahasa Cina mewakili kaum Cina).

Kiranya calon BN ini memanglah sesuai untuk semua kaum di Parlimen Permatang Pauh ini... adalah menjadi satu kerugian bagi rakyat Permatang Pauh jika menolak anak tempatan yang boleh berkhidmat untuk semua kaum dan mempunyai ketrampilan dan sahsiah yang tinggi serta mempunyai rekod sebagai ADUN yang baik dan peka terhadap masalah rakyat...

Rasanya inilah wakil rakyat yang sepatutnya dipilih oleh pengudi Permatang Pauh, yang boleh bersama rakyat sepanjang masa.Pengundi Permatang Pauh tidak perlukan kepada wakil rakyat bukan anak tempatan yang bertaraf antarabangsa dan hanya sesuai berada diluar negara......Lagipun Pembangkang sudah mempunyai 2 suara di Dewan Undangan Negeri iaitu di Penanti dan Permatang Pasir.

Maka wajarlah undi Parlimen di beri kepada BN..Pilihlah calon anak tempatan yang berkelayakan serta mampu menyelesaikan masalah... bukan memilih calon yang boleh membuat masalah...