Oleh: Pemikir Negara
Suka berbohong adalah satu sifat yang tidak disukai semua agama di dunia ini. Dalam Islam orang yang suka berbohong akan dibalas dengan seksa dan ini menunjukkan perlunya orang membenci pembohong. Ini jelas berlaku kepada mantan Presiden Clinton yang membohong rakyat Amerika berkaitan dengan perhubungan sulitnya dengan wanita bernama Lewinsky. Episod ini yang didedahkan dalam akhbar-akhbar dan beratus-ratus buku termasuklah autoboigrafi Lewinsky sendiri jelas memaparkan sikap negatif Presiden Clinton ketika itu. Rakyat Amerika tidak boleh menerima bahawa Presiden mereka tidak bermoral kerana beliau adalah seorang presiden yang patut berpegang pada nilai-nilai agama Kristian
Di England pula, ahli parti konservatif dan rakyat juga menuduh mantan Perdana Menteri Tony Blair memesong dan menipu rakyat dalam menggubal dasar England terhadap peperangan di Iraq. Tony Blair mengatakan Iraq ada pusat mengeluarkan bom nuklear dan ini kononnya membahayakan Eropah. Sebenarnya Tony Blair telah berbohong kepada rakyat apabila loji yang didakwa itu hanyalah sebuah gudang memproses tepung gandum. Rakyat England kecewa dengan Tony Blair kerana beliau adalah sebenarnya suruhan Presiden Bush. Rakyat England juga mengaggap Tony Blair sebagai ” poodle” Presiden Bush. Akibat dari pembohongan ini Tony Blair didesak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Di Malaysia pemimpin-pemimpin politik pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS tidak sepi dari membuat pembohongan. Orang yang paling kuat berbohong ketika ini adalah Anwar Ibrahim, calon Parlimen Permatang Pauh. Beliau mula berbohong ketara pada 1998 lagi. Sejak itu beratus-ratus pembohongan telah beliau lemparkan kepada rakyat Malaysia.
Pemerhati politik mempunyai satu senarai panjang pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi. Di antaranya adalah seperti berikut:
• Semasa menjalani hukuman penjara yang pertama beliau telah mengadu sakit leher. Rupanya beliau sihat dan tiada masalah dengan lehernya.
• Memerlukan kerusi roda kononnya tidak boleh berjalan, tetapi apabila kembali di kamar, beliau boleh berdiri tegak dan normal.
• Dakwa akan disuntik dengan kuman AIDS HIV tetapi imaginasi sahaja.
• Mendakwa akan disuntik dengan racun arsenic tetapi tiada apa pun berlaku??
• Bersekongkol dengan IMF atau Bank Dunia kononnya untuk mengukuhkan kewangan Malaysia. Sebenarnya beliau berbohong bertujuan untuk membawa Amerika Syarikat bertapak di Malaysia. Ini diseedari oleh Barisan Nasional dan seterusnya menyelamatkan Malaysia daripada menjadi bankrup dan bergantung kepada Washington seperti yang terjadi kepada Negara Amerika Latin, Somalia, Eutopia dan banyak lagi Negara-negara kecil di Carriebien.
• Berbaik-baik dengan Pak Habibie, Pak Gus Dur, Pak Amien Rais atas alasan mengwujudkan masyarakat madani. Tetapi sebenarnya mereka adalah agen sulit Amerika mempunyai agenda klandestin atau tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia.
• Mengadu kepada mantan Presiden Filipina, Madam Aquino dan juga Erap atau Estrada (Mantan Presiden Filipina) tentang keburukan-keburukan di Malaysia. Ini adalah satu pembohongan anti–nasional.
• Menghubungi pemimpin Amerika Condoleeza Rice, Setiausaha Luar Presiden Bush untuk mencemar nama baik Malaysia. Pembohongan ini adalah bertentangan dengan Islam dan rakyat Malaysia.
• Mendampingi CNN /NBC/Al-Jazeera, Herald Tribune, News Week dan BBC. Ini satu lagi saluran untuk beliau berbohong.
• Berceramah di John Hopkins University, George Washington University, Oxford Islamic Institute. Ini satu lagi platform tempat beliau berbohong. Anwar hanya sesuai untuk berceramah di Hyde Park Corner (London) dimana beliau boleh berbohong sehingga malam kepada pelancong-pelancong.
• Berwawancara dengan Metro TV Indonesia dan juga TV Singapura untuk terus memutar belitkan maklumat.
• Berpura-pura dengan sahabat-sahabat sendiri seperti Datuk Nalakurappan, Mohd Ezam dan ramai lagi. Mereka ini terang-terangan dibohongi oleh Anwar Ibrahim sehingga sanggup masuk penjara di Sungai Buloh dan juga Kemunting.
• Kononnya bercakap-cakap dengan Obama (Amerika). Sebenarnya direka dan tidak berlaku.
• Bercakap-cakap dengan Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh. Mereka ini pun dibohongi Anwar. Anwar menipu dan duduk di atas tengkuk mereka untuk melonjak menjadi Perdana Menteri. Perkara seperti ini hanya berlaku di Negara-negara kecil di Afrika.
• Memujuk ulamak-ulamak, imam-imam dan warga Mak Nyah. IMereka akhirnya pun jadi mangsa pembohongan.
• Melaungkan September 16, 2008 beliau akan menjadi Perdana Menteri. Ini lagi satu gempak dan pembohongan. Ustaz Hadi sendiri menganggap Anwar Ibrahim seperti “angan-angan” Mat Jenin.
• Akan berlaku wakil rakyat Parlimen menyeberangi masuk ke PKR pada sesi Parlimen pertama, 2008. Ini pun tidak berlaku.
• Lari masuk dan menyorok di kedutaan Turki kononnya ada ura-ura hendak di apa-apakan. Perkara ini tidak berlaku pun. Yang tertipu adalah Duta Besar Turki, Kuala Lumpur dan juga diplomat-diplomat asing di Kuala Lumpur.
• Mendakwa ekonomi Negara akan merudum akibat kenaikan harga minyak dan makanan. Ini sudah terbukti tidak berlaku dan adalah satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim.
• Akan berlaku huru hara dan boleh membuat pelabur-pelabur asing lari. Malaysia masih aman dan pelabur tidak lari malahan semakin ramai yang melabur di Malaysia.
• Dihadap dan dituduh meliwat pada 1998. Beliau mati-mati menafikan tetapi tidak meyakinkan hakim.
• Kini pada 2008 beliau sekali lagi ditangkap kerana meliwat. Beliau terus menafikan walhal mangsa telah membuat laporan polis serta sanggup bersumpah di dalam Masjid Wilayah Ogos 2008 perihal diliwat Anwar Ibrahim.
• Konspirasi – tidak berhenti becakap mengenai konspirasi. Sebenarnya sahabat dan ahli keluarga beliau terlibat dalam “conspiracy of silence” supaya melindungi kerja-kerja tidak bermoral di merata-rata tempat termasuklah di hotel dan kondo-kondo mewah sejak 1998 lagi.
• Menuduh pihak polis, peguam Negara, BPR menganiaya beliau. Ini satu “diversion” untuk lari daripada kebenaran.
Anwar Ibrahim sering membuat “crywolfs” atau seruan serigala. Seorang budak pengembala kambing membuat seruan meminta pertolongan bahawa kambing-kambingnya diserang serigala. Apabila bantuan tiba kanak-kanak ini tertawa mengatakan beliau hanya berjenaka. Pada kali ketiga perkara ini diulangi, pembantu tiada datang lagi kerana mereka sangka budak itu masih berjenaka.
Pengundi-pengundi kita perlu berhati-hati. Kita tiada mahu seorang pembohong menjadi wakil rakyat apatah lagi menjadi kepala pembangkang dalam Parlimen. Apabila sekali berbohong beliau tidak akan ragu-ragu untuk berbohong sehingga akhir hayatnya.
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment