Wednesday, August 20, 2008
DAP MELAGA-LAGAKAN PKR DAN PAS DI PERAK
(Salah seorang EXCO dari PKR yang ditahan)
Oleh Pemikir Negara
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak hari ini menyifatkan kejadian dua EXCOnya ditahan oleh BPR hari ini adalah satu tindakan yang dirancang secara teliti oleh DAP yang diketuai oleh Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Ko Ham.
Menurut seorang pemimpin yang tidak mahu dikenali, ini kerana kedua- dua EXCO itu amat lantang dalam menegur DAP dalam dasar senyap membantu masyarakat Cina di Perak dan dituruti oleh Menteri Besar daripada PAS sekarang.
Mereka mahu penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memutuskan hubungan dengan DAP yang hanya mahu membantu satu kaum saja dengan berlindungkan pelbagai pendekatan licik termasuk menggunakan nama sahabat nabi oleh Lim Guang Eng.
Berita daripada Malaysiakini.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.Menurut kenyataan BPR, seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.
Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.Kenyataan itu juga berkata mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.
Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.
Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.
Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.
Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.
Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.
Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment