Wednesday, August 20, 2008
ANWAR ANGKAT SUMPAH UNTUK SURVIVAL POLITIK
(Jangan tipu sakit, nanti dapat sakit)
Oleh Pemikir Negara
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengangkat sumpah sehari atau dua hari sebelum hari pengundian pada 26 Ogos ini.
Sumber-sumber terdekat dengan PKR mengatakan bahawa langkah calon PKR itu adalah untuk menyelamatkan "survival politik" DSAI tanpa menghiraukan kesan daripada tindakannya itu.
PKR yakin tindakan mengangkat sumpah itu untuk menyakinkan orang Melayu di Permatang Pauh bahawa beliau tidak melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan.
Menurut sumber itu, jika DSAI tidak mengangkat sumpah walaupun beliau melakukannya, pengundi Permatang Pauh akan beralih kepada calon BN kerana tidak mahu seorang pemimpin Melayu dan Islam yang sudah menyeleweng memimpin mereka.
Bagi DSAI, apa yang hendak berlaku terhadapnya selepas mengangkat sumpah adalah antara "beliau dengan tuhan" tetapi yang penting ialah untuk memastikan undi orang Melayu kepadanya tidak lari dan memberi sokongan padu kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Sumber itu menerangkan DSAI kini menggunakan semua kawan-kawannya termasuk dari luar negara untuk menyatakan bahawa beliau seorang pemimpin yang bersih dan dakwaan yang dilakukan sekarang adalah satu konspirasi politik menghalangnya menjadi Perdana Menteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment