Thursday, August 28, 2008

HOMOSEKSUAL LAYAK JADI PERDANA MENTERI?

Oleh Maharaja Blogger

Rakyat Permatang Pauh telah membuktikan bahawa walaupun mereka bermentaliti dunia ketiga tetapi mengamalkan demokrasi dunia kelas pertama dengan memilih Anwar Ibrahim untuk kembali ke Parlimen tanpa mempedulikan tuduhan liwat yang dihadapinya.

Beliau akan menghadapi tuduhan itu di mahakamah pada 16 September ini (dalam bulan puasa)sebelum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen pada bulan Oktober.

Penasihat DAP Lim Kit Siang di dalam blognya telah pun menuduh Speaker Parlimen Pandikar Amin bersikap tidak adil melewatkan upacara angkat sumpah itu kerana beliau percaya jika calon BN , Amin Shah menang maka tentunya disegerakan upacara angkat sumpah kerana Pak Lah mahu menunjukan BN telah keluar dari tsunami politik yang menimpanya pada Mac lalu.

Lim Kit Siang telah membuat perkiraan Anwar sebagai anggota Parlimen akan lebih berkesan untuk menarik perhatian dunia dan juga mendapat sokongan politik dalam negara supaya tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.Maka itu dia perlu segera mengangkat sumpah.

Jika berada di luar Parlimen pun beliau mampu menarik perhatian dunia terutama Amerika Syarikat maka apatahlagi setelah berada dalam Parlimen.Bagi Barat homosexual bukanlah jenayah.Menangkap dan menghukum orang yang mengamalkannya adalah di luar kemanusiaan.

Demikian juga kepada sebahagian guru guru pondok zaman dahulu.Liwat adalah perkara biasa atau mainan budak budak pondok.Maka itu Mursyidul Am Pas Nik Aziz tidak terkejut dengan cerita cerita sodomi atau liwat.

Tentunya atas fahaman tersebut juga orang Melayu dan bukan Melayu di Permatang Pauh telah memberikan undi kepada Anwar.Apakah perlu kita mengambil peduli tentang hal atau kesukaaan seseorang yang bersifat kehidupan peribadinya ?

Apakah semua anggota Parlimen Malaysia baik baik belaka,tidak terlibat dengan zina atau mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang?. Jika orang seperti ini diterima sebagai wakil rakyat maka kenapa rakyat harus menetapkan nilai moral bagi seseorang untuk menjadi anggota Parlimen atau menjadi Perdana Menteri.

Apa salahnya seorang homosexual menjadi Perdana Menteri?

Masyarakat Malaysia sedang membuat penyesuaian dengan dasar baru demokrasi Malaysia yang menekankan kepada keterbukaan,ketelusan dan kebebasan.

Kemenangan Anwar Ibrahim menjelaskan betapa rakyat Malaysia telah jauh kehadapan dalam amalan demokrasi terutama hak hak individu.

Hasrat penasihat penasihat Perdana Menteri untuk membuktikan kepada dunia demokrasi Malaysia sekarang lebih baik dari era Mahathir telah mulai menampakan kejayaannya.Tetapi sayangnya demokrasi ini juga sedang menghakiskan pengaruh UMNO dan akan melenyapkan kerajaan Barisan Nasional di pilihanraya umum ke 13.

No comments: