Sunday, August 17, 2008

KALAU ANWAR IBRAHIM KALAH.....

Oleh A Voice

Izinkan saya meraban sebelum pergi makan tengahhari.Kalau Anwar kalah dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang mana penamaan calun adalah pada hari Sabtu Ogos 16hb, 2008, saya boleh bayangkan dia akan membuat pelbagai tuduhan terhadap Barisan Nasional.

Pasti disebut pelbagai kesalahan-kesalahan amalan pilihanraya dilanggar oleh BN tetapi dibiarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, polis, dan lain-lain agensi.Sudah pasti disebut jentera-jentera kerajaan ini bias. Dia akan mengatakan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dianiayai dan dinafikan pelbagai hak. Tak pedulilah bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dikuasai pembangkang dan sempadan atas, tepi dan bawah adalah juga negeri-negeri Pemanagkang.

Kita mungkin mendengar Anwar berkata, "Saya mendapat maklumat bahawa kemungkinan ada pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari ...". Kata kunci di sini adalah "mendapat maklumat" dan "kemungkinan". Ia menuduh tetapi dengan caveat untuk mengelak liabiliti undang-undang.Belum apa-apa, Anwar sudah preempt dalam syarahan-syarahannya mengatakan media telah mula membuat serang peribadi. Semasa kes liwat, Anwar sudah preempt dengan pelbagai sandiwara hingga mendapat perhatian dunia dan media dunia sudah memihak kepadanya untuk menggambarkannya sebagai mangsa.

Ramai pemimpin ejen Dajjal Al Masih, Amerika Syarikat pun sudah menyuarakan amaran.Anwar akan kata macam-macam fitnah (penting beri label negatif fitnah) telah mula dilemparkan dan direka (reka satu lagi label negatif) mengenai konon pertaliannya dengan kuasa besar, IMF, CIA, Wolfowitz, dan lain-lain.Lepas itu, dia akan kata, "Padahal masa dahulu Dr Mahathir ... gini. Tengok kerajaan sekarang pun ... gitu."Ini semua hanya pembuka cerita untuk saya mengajukan satu pandangan luar kotak. Bagaimana kalau Anwar dikalahkan?Probabaliti Berpihak AnwarKalau ikut kebiasaan politik, susah untuk mengalahkan seorang nama besar yang bertanding di tempat tumpah darahnya. Pertalian peribadi dalam politik ala Malaysia mendahului prinsip dan isu.Ini pula melibatkan seorang yang penuh aura dan karisma seperti Anwar.Jika seseorang menyanjungi sifat beraninya sebagai pemimpin, perlu diakui Anwar adalah seorang yang berani dan pasti mejadi idolanya. Anwar enggan mengundur secara terhormat tetapi memilih untuk hadapi proses mahkamah terhadap dirinya dan lawan dengan apa saja yang ia boleh lakukan.Dari merengkok dalam penjara, Anwar dapat dilepaskan mahkamah dan sedikit demi sedikit bangun dan kini adalah "defining moment" untuknya berada dalam Parlimen.Jika usahanya selama ini untuk memujuk ahli-ahli parlimen BN melompat berjaya, hasil dari "defining moment" akan membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri pintu belakang.Kemungkinan ini ada walaupun kecil.

Kalau Najib dapat ditamatkan politiknya, ia melincirkan perjalanannya. Najib pun mengetuai jentera pilihanraya permatang Pauh UMNO. Ramai menganggap, walaupun tidak tepat dan tidak samarata probabiliti, ini pun "defining moment" untuk Najib.Mengikut rancangan, boleh tidak boleh, Abdullah atau sesiapa sekali pun perlu akhirnya menerima Anwar.Begitulah Anwar dalam istiqamahnya untuk mencapai sesuatu. Jawatan tertinggi negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan adalah impian dan cita-citanya yang ia sangguip lakukan apa saja.Anwar pun berjaya dalam psywar apabila Nurasidi Salim, Timbalan Ketua Bahagian Bandar Tun Abdul Razak dan 150 orang ahli UMNO sudah lompat ke PKR. Malah katanya ada 200 lagi akan lakukan yang sama.Tidak kiralah Nurasidi ini melompat kerana marah dengan Ku Nan kerana membenarkan seorang yang telah habis penggantungan keahlian menentangnya. Usah diambilkira, Nurasidi mempunyai track record buruk sebagai CEO yang bersekongkol dengan seorang ahli politik hingga menyebabkan musnahnya sebuah Bank Saudagar pada pertengahan tahun 90an.Desas desus mengatakan Nurasidi akan menjadi calun tempatan PKR untuk pilihanraya kecil Bandar Tun Abdul Razak apabila Khalid Ibrahim mengundur dari kerusi Parlimen tersebut.Bolehkah Anwar dikalahkan?Walaupun realitinya sentimen tidak menyebelahi BN dan Anwar adalah calun yang terlalu formidable, saya rasa tidak mustahil Anwar boleh diturunkan majoriti kepada hanya 3,000 undi dan tidak hairan untuk dia kalah.Saya rasa rata-rata orang Melayu Pulau Pinang sudah merasa bagaimana rasanya duduk di bawah kerajaan pimpinan DAP.

Dalam lima bulan, mungkin ada yang menyedari tiada lagi program khusus untuk membantu orang Melayu dalam negeri "sama rata sama rasa". Ada yang akan menyedari PKR menyerupai DAP, walaupun ia parti Malay-based.Mereka faham implikasi Khalid Ibrahim mahu cadang UiTM dibawa masuk kaum bukan Melayu. UTAR tak ada pula kuota untuk Melayu. Walaupun alasannya merit, maksudnya supaya Melayu tidka boleh masuk.Ada pengundi yang menyesal melihat begitu banyak negeri-negeri jauh dari tangan UMNO ke tangan DAP dan menjadi kerajaan negeri boneka bukan Melayu.Mungkin ada yang sudah dengar dan lihat pertalian rapat Anwar dengan kuasa-kuasa asing dari episod tuduhan liwat terbaru Anwar.Jangan dipadang rendah orang Permatang Pauh untuk melampaui retorik murah dan slogan rakyat yang dilaungkan PKR.Mana pergi PAS?Saya merasakan satu faktor yang boleh menjadi pengubah adalah PAS.Sebelum kedatangan Anwar dan PKR ke senario politik Permatang Pauh, PAS sudah lama menapak. Ada kawasan tertentu di Seberang Prai yang PAS kuat menapak.

Hanya tak jauh di hinterland Perak terdapat kawasan-kawasan kuat PAS.Kita sedari PAS tidak puas hati dengan layanan PKR, khususnya Anwar sendiri, terhadap pembahagian kerusi exco untuk Pulau Pinang yang tidak diberi pun satu untuk PAS. Anwar kata, "PAS mana ada di Pulau Pinang?" Padahal PAS bersetuju memberi beberapa kerusi exco kepada PKR di Perak.Muzakarah atau Muaqabalah antara UMNO dan PAS tidak boleh dipandang ringan.

Apa pun terjadi sekalipun di Muzakarah PAS di Ipoh dari hari ini hingga Sabtu, amaran Ustaz Hadi untuk undur dari Pakatan Rakyat jika tuntutan Negara Islam diketepikan tidak boleh dipandang enting.PAS pun ada hati dan perasaan apabila DAP tidak ada langsung sebarang penghormatan kepada perjuangan PAS.Adakah "orang-orang" PAS di Permatang Pauh akan mengundi UMNO? Itu tidak boleh diteka lagi. Mereka punya pilihan untuk terus undi PR atau buang undi kepada AKIM. AKIM pun adalah bekas rakan-rakan mereka.Satu perkara yang saya pasti, yakin dan faham benar adalah PAS tidak bodoh untuk tidak mengetahui Anwar yang sebenar?Pemimpin mereka tahu Anwar memang ada cita-cita akan kembali ke UMNO jika pintu itu terbuka. "The path of least resistance to the Premiership still lies at PWTC." Orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar bukan Dr Mahathir tetapi Mat Sabu yang menggelarnya Al Juburi.

Jangan pula tidak tertutup mata kepada peristiwa terbaru di mana orang PAS, pemimpin PKR dan NGO UMNO menunjuk perasaan di luar bangunan pejabat Majlis Peguam yang mengadakan Forum yang biadap sekali tajuknyaJangan Bongkak

No comments: