Oleh Pemikir Negara
Ketika PKR sibuk ke sana ke sini menghebohkan bahawa calon mereka akan menjadi "Perdana Menteri", penduduk Melayu Permatang Pauh mahu tahu siapakah pemimpin yang akan dipilih oleh DSAI untuk menjadi Timbalannya.
Dalam poster Kabinet bayangannya, DSAI dikatakan akan memilih Lim Kit Siang dan S Sivarasa sebagai dua Timbalan Perdana Menteri yang akan mewakili kaum Cina dan India di negara ini.
Tindakan DSAI itu tidak digemari oleh penduduk Permatang Pauh dan mereka menyifatkan ia satu percubaan untuk menghapuskan kuasa Melayu dalam menerajui negara ini.
Jika Kit Siang atau Sivarasa dipilih menjadi TPM, maka apa yang akan berlaku kepada DSAI akan membolehkan negara memilih Kit Siang atau Sivarasa sebagai Perdana Menteri. Ini pasti akan menimbulkan polimek yang akan menghuru-harakan negara ini.
Masyarakat Melayu di Permatang Pauh lebih selesa dengan keadaan sekarang di mana UMNO mengetuai dua kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ini bermakna jika ada peralihan, UMNO akan tetapi menjadi Perdana Menteri.
Mungkin ini yang tidak disedari oleh sebilangan besar yang masih taksub kepada perjuangan DSAI yang kini sudah mula menunjukkan "usaha terakhir"nya untuk menang dengan memberi pelbagai janji kepada kaum Cina dan India.
Ketika beliau membuat janji manis itulah, bangsa Melayu terasa terkilan seorang pemimpin Melayu dan Islam sanggup menggadaikan kepentingan Melayu demi untuk mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment