Thursday, August 21, 2008

PEMIMPIN PKR KAYA RAYA DAPAT DUIT LUAR

Oleh Pemikir Negara

Pendedahan bekas orang kanan DSAI, Lokman Adam, bahawa pemimpin PKR menerima wang berjuta-juta ringgit dari dalam dan luar negara seharusnya menyedarkan penduduk Permatang Pauh bahawa mereka kini perlu memilih calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam ceramahnya di Kampung Seberang Jaya malam tadi, Lokman yang pernah ditahan di bawah ISA, berkata beliau meninggalkan PKR kerana pemimpin parti itu terutama DSAI sudah lari daripada perjuangan asal penubuhan PKR.

Mereka bukan saja ingin mempertahankan PKR kerana itulah "nyawa" mereka tetapi kemaruk kuasa terutama DSAI yang ingin mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, tidak hairanlah DSAI akan ke sana ke mari membuat janji di samping menipu orang Melayu, memperdayakan orang Cina dan membelai orang India. Inilah pemimpin bermuka-muka yang perlu dikalahkan pada PRK kali ini.

Lokman berkata, apa yang menyedihkan pemimpin PKR seperti DS Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar bersekongkol dengan Tian Chua dan Elizabeth Wong bertemu dengan George Soros untuk mendapatkan wang bagi membantu PKR.

Menurutnya, mereka mengambil wang itu untuk diri sendiri dan sanggup bertuankan orang Yahudi yang pasti meletakkan pelbagai syarat antaranya memastikan Islam tidak berkembang dan dijaga baik di negeri bertuah ini.

Beliau menegaskan penduduk Permatang Pauh perlu memilih calon BN jika mereka mahu menyelamatkan negara ini daripada orang seperti DSAI yang tidak lagi mempedulikan kepentingan Melayu semata-mata untuk menarik undi bukan Melayu.

Lokman mengetahui bahawa bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada, memberi AS$200,000 sebanyak dua kali kepada DSAI untuk urusan PKR. Duit itu, katanya, dilesapkan oleh DSAI dan pemimpin PKR lain.

No comments: