Saturday, August 16, 2008

STRATEGI PKR PASANG DUA CALON, KHUATIR PENCALONAN ANWAR DITOLAK

BUKIT MERTAJAM: Tindakan bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman mengemukakan borang pencalonan semasa proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah satu strategi politik, kata Ahli Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata parti itu khuatir kertas pencalonan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihan raya umum pada tahun 1995. “Strategi itu adalah betul kerana kita tidak mahu memberi laluan mudah kepada BN dan apabila SPR menolak bantahan oleh BN dan menerima borang pencalonan Anwar, Mansor menarik semula pencalonannya”, katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan pada 26 Ogos. Mansor, yang ditemani pencadangnya Zuraimi Murad dan penyokong Mohd Anuar Che Mat pagi ini, mengejutkan banyak pihak apabila turut mengemukakan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Aminuddin Baki, Intitut Perguruan Tuanku Bainun di sini. Mansor, yang juga bekas setiausaha politik Anwar, mendaftar sebagai calon bebas bagaimanapun menarik diri sebaik pencalonan Anwar diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, yang pada mulanya dilihat sebagai pertandingan empat penjuru akhirnya, menjadi tiga penjuru antara Anwar, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat. - Bernama

-----------------------------------------------------
MUSTIKA: ANWAR JELAS PENGECUT

No comments: