Saturday, August 16, 2008

Kini Anwar Pula Perlu Bersumpah: Dr. M

SERDANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu bersumpah mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran tuduhan liwat membabitkannya. Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) 2008, di sini, hari ini, beliau berkata, Anwar perlu bersumpah dengan menjunjung al-Quran), bukannya sekadar berceramah mengatakan beliau tidak bersalah. “Kena sumpah betul-betul dengan menyebut nama Allah, baru boleh terima,” katanya.
Semalam, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat menjunjung al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, bahawa dia diliwat Anwar.
Sumber: Berita Harian
***********************************************************************
Tulip Desa
Setuju benar dengan cadangan Tun Dr. Mahathir. Susah sangat ke DSAI hendak membuat akuan bersumpah atau takut perbuatan terkutuknya tu terbongkar. Kalau DSAI berada di pihak yang benar janganlah ragu-ragu untuk bersumpah. Jika beliau terus membisu, ternyatalah beliau seorang yang gemar temberang dan bijak menggunakan isu liwat untuk kepentingan dirinya. Setakat membuat pengakuan terhadap penyokong-penyokongnya melalui ceramahnya, tidak dapat meyakinkan rakyat. Hanya penyokongnya yang fanatik sahaja yang termakan dengan tipu helahnya. Walaubagaimanapun, lambat laun kebenaran akan terserlah jua.

No comments: