Friday, August 15, 2008

BUDAYA 'MESIN PADI' PEMBANGKANG

oleh:http://anginperubahan.blogspot.com/

Pengundi-pengundi di Parlimen Permatang Pauh perlu menolak budaya politik “mesin padi” pembangkang. “Mesin Padi” kalau datang musim menuai barulah nampak batang hidungnya di sawah untuk mengambil padi yang telah masak. Sedangkan yang bertungkus lumus di sawah padi sejak sekian lamanya ialah pak tani.

Dalam politik, “mesin padi” akan datang menuai dengan janji janji manis dan berbagai bagai tawaran untuk mengabui mata rakyat ketika musim pilhan raya sahaja. Ketika musim tiba, batang hidungnya akan kelihatan. Habis musim, dia akan pulang semula ke Kuala Lumpur membiarkan pengundi terkapai kapai dengan janji janji yang ditaburkan. Yang untungnya ialah mesin padi sebab dapat kuasa dari undi rakyat. Sedangkan rakyat terus menagih dan menanti janji.

No comments: