MP Ledang mengalu-alukan usaha BN dalam menjalankan tanggungjawabnya meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
Beliau juga mahu kerajaan perlu mempertingkatkan usaha-usaha menarik pelancongan ke kawasan Gunung Ledang yang masyur dengan legenda yang popular.
Dalam pada itu, beliau juga mempertahankan institusi-institusi Raja-Raja Melayu dan peranan Raja-Raja menegakkan agama dan undang-undang.
MP Ledang telah menarik perhatian Dewan dengan mengatakan hanya mereka yang tak beriman sahaja akan tidak mengakui kejayaan BN. Ucapan ini telah mendapat respon daripada ahli-ahli pembangkang termasuk MP Bukit Gantang(PAS), Parit Buntar (PAS), Pokok Sena(PAS), Shah Alam (PAS), Kuala Krai (PAS) dan Padang Serai (PKR). Ahli-ahli pembangkang itu meminta MP Ledang menarik balik perkataan 'TAK BERIMAN'.
Bagi pemerhati politik, ahli-ahli pembangkang hanya mencari peluang untuk menarik perhatian Dewan terhadap kehadiran mereka dengan membincangkan perkara-perkara remeh temeh yang tidak sangkut paut dengan kepentingan awam.
Walaupun mereka mengetahui MP Ledang membuat kenyataan yang umum mengenai golongan yang tidak beriman, tetapi mereka mahu mempolitikkan isu itu dengan membuat kacau dan menjerit-jerit seperti Pelawak Parlimen terbaru iaitu MP Bagan Serai. Beliau menjerit-jerit seolah-olah tidak memperdulikan ingatan Speaker yang mahu beliau segera duduk dan tidak membuat bising. Kejadian itu bukan pertama kali tetapi MP Bagan Serai sering bangun dan berusaha menganggu ucapan MP BN.
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment