Wednesday, May 21, 2008

KEMUKAKAN BUKTI DALAM 24 JAM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen mencabar Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) untuk mengemukakan bukti terhadap dakwaan bahawa kementeriannya memberikan bantuan mengikut saluran politik.

"Saya cabar Yang Berhormat untuk kemukakan bukti dalam tempoh 24 jam... kalau tidak esok sila tarik balik dakwaan yang dikemukakan kepada kementerian saya," katanya semasa menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.

Beliau berkata parti pembangkang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan sedangkan sudah banyak bantuan yang disalurkan.

"Kalau kita beri bantuan ikut apa kehendak parti pembangkang mereka kata kerana takutkan mereka sebab itu bagi bantuan tetapi bila tak bagi kata kita pilih kasih dan ikut saluran parti.

"Jangan tahu komplen sahaja. Tunjukkan bukti kalau ada senarai nama pegawai yang terbabit lagi bagus... serahkan pada saya... saya akan ambil tindakan tegas," katanya.

No comments: