Tuesday, May 20, 2008

EKONOMI MALAYSIA PERLU BERDAYA SAING

Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Aziz, berkata keupayaan daya saing negara adalah hasil perancangan holistik kerajaan selama ini.

Menurutnya, dasar itu dijalankan dalam tempoh jangka pendek dan panjang termasuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) membabitkan tempoh lima tahun. Ia akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Beliau menegaskan Misi Nasional yang diperkenalkan pada RMK9 adalah untuk menghadapi persekitaran ekonomi antarabangsa yang semakin kompetitif, kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan dalam ekonomi dunia.

Berikutan keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, negara perlu berdaya tahan dan mempunyai sumber kekuatan dalam negeri di samping meningkatkan daya saing di peringkat global. Ini termasuk meningkatkan ekonomi dalam rangkaian nilai lebih tinggi dan menjadikan sektor swasta sebagai peneraju utama dalam sektor teknologi tinggi.

Untuk pengetahuan pembaca, RMK9 adalah rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.

Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak.

Maklumat lanjut di WIRAMALAYSIA2 .

No comments: