Wednesday, May 28, 2008

MP SHAH ALAM : ISKANDAR PERLU DIMAJUKAN

oleh : Nabila

MP Shah Alam (PAS) telah menyentuh beberapa perkara termasuklah pembangunan Iskandar
dan dadah.

Perkara berkaitan dengan Iskandar, MP Shah Alam mengingatkan bahawa kemasukan Singapura ke kawasan ini ada implikasi-implikasinya. Singapura sebenarnya sudah tidak boleh berkembang dan tidak boleh lagi merancang apa-apa pembangunan di Pulau nya. Apa yang tidak boleh dilakukan di Singapura, mereka akan lakukan di Iskandar seperti diwar-warkan oleh kerajaan negeri Johor. Apa yang disebut oleh MP Shah Alam ini bukanlah perkara baru malahan telah tertera dalam akhbar-akhbar tempatan sejak iskandar dilancarkan.

Daripada apa yang diwar-warkan oleh kerajaan, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan akan mengambil pendekatan-pendekatan bagi memastikan bahawa tanah jajahannya dalam keadaan terpelihara. Johor memang serius dalam membangunkan kawasan ini dan dengan itu mengutarakan insentif-insentif kepada pelabur-pelabur asing supaya dapat membangunkan kawasan ini dengan dinamiknya.

No comments: