Tuesday, May 27, 2008

DANA KHAS UNTUK BANGUNKAN USAHAWAN



Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Jacob Dungau Sagan, berkata kerajaan sedia dana khas untuk menggalakkan usahawan menceburkan diri dalam bidang utama yang digalakkan oleh kerajaan.

Menurutnya, kerajaan juga menyediakan kemudahan kewangan seperti dana inovasi keusahawanan bagi meningkatkan sektor IKS dalam bidang pembangunan produk dan penambahbaikannya.

Beliau berkata, salah satu agensi MITI iaitu Matrade sentiasa menjalankan promosi di luar negara termasuk bahan-bahan yang dikeluarkan oleh IKS di negara ini. Kerajaan juga menyediakan peruntukan mencukupi untuk mengadakan promosi sepanjang tahun.

Datuk Jacob menerangkan mulai 2005 hingga April 2008, pihaknya menerima 14,101 permohonan untuk geran atau softloan. Geran yang diluluskan untuk dua skim ini RM768 juta dan geran yang diberikan RM347 juta manakala softloan pula ialah RM427 juta. Dari segi prestasi, katanya, ia amat memuaskan dan bagi usahawan bermasalah untuk membayar balik, pinjaman mereka dijadualkan semula.

Beliau menjawab soalan MP Tenggara, Datuk Halimah Siddique.

No comments: