MP Beruas, bertanya soalan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apakah kerajaan sedar bahawa kadar denda yang dikenakan terhadap nelayan yang melanggar peraturan sangat tinggi sehingga mereka sanggup dipenjarakan.
Menteri berkenaan menjawab bahawa kerajaan bukan sehaja sedar bahkan amat prihatin terhadap usaha membela rakyat termasuk golongan nelayan. Kerajaan tidak mengenakan denda dengan sewenang-wenangnya malah memeberi amaran termasuk mengenakan kompaun sebanyak tiga kali sebelum membawa pesalah ke mahkamah.
Kerajaan terpaksa mengenakan denda yang tinggi supaya dapat mengelakkan pencerobohan oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab di seluruh pelusuk negara. Kerajaan juga amat sedar dan bertanggungjawab dalam mempastikan ikan sebagai sumber protein dan sebagai sumber makanan yang sentiasa perlu ada bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Sehubungan ini, kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan kuasa yang ada untuk mengenakan denda yang tinggi supaya sumber ikan terpelihara untuk masa kini dan masa akan datang.
Tuesday, May 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment