Tuesday, May 20, 2008

DENDA TINGGI UNTUK LINDUNG NELAYAN

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad, berkata denda yang tinggi hingga mencapai RM1 juta terhadap tekong asing adalah untuk melindungi nelayan tempatan.

Menurutnya, denda yang tinggi untuk menyekat kegiatan pencerobohan nelayan asing di negara ini. Ia juga untuk memastikan sumber bekalan ikan negara mapan.

Beliau berkata nelayan adalah satu kumpulan yang besar dan memastikan mereka sentiasa dapat mencari rezeki di negeri ini. Nelayan perlu berdaftar dan ada lesen untuk memastikan mereka bergiat secara tersusun.

Datuk Mustapa berkata kerajaan sedar dengan tindakan rakyat asing yang ingin tinggal di negara ini kerana tidak mampu untuk membayar denda. Tetapi yang penting, kerajaan perlu menggenakan denda yang tinggi dan merampas hasil tangkapan untuk membendung kegiatan pencerobohan itu.

Beliau berkata kerajaan tidak berkompromi dengan tindakan nelayan yang menjual diesel subsidi dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Kerajaan juga mengawal kegiatan pukat tunda walaupun ia boleh menghasilkan tangkapan yang banyak. Tindakan tegas diambil terhadap nelayan pukat tunda yang menceroboh di tempat tertentu.

Datuk Mustapa menjawab soalan MP Bruas, Datuk Ngeh Koo Nam, yang menyatakan denda itu mahal dan nelayan asing "bersedia" untuk tinggal di negara ini. Undang-undang itu dikatakan tidak efektif tetapi seolah-olah menguntungkan rakyat asing.

Selepas itu, MP Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut bertanya adakah kerajaan bertindak tegas terhadap nelayan pukat tunda untuk mengawal hasil laut dan tindakan nelayan menjual diesel subsidi.

No comments: