Wednesday, May 28, 2008

Malaysia Berjaya Di ICJ

oleh : Nabila

MP Gombak(PKR) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kewibabawaan delegasi Malaysia yang mempertahankan Kes pulau Batu Putih di ICJ, The Hague baru-baru ini. Beliau juga mengatakan ketua delegasi iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak cekap dan berwibawa dalam mengendalikan kes ini. MP Gombak juga mengatakan bahawa delegasi Malaysia berhadapan dengan delegasi Singapura yang terdiri daripada pakar-pakar yang berwibawa temasuklah Dr. Tommy Khoo, Prof Jayakumar yang pada tanggapan beliau adalah pakar-pakar dalam bidang undang-undang antarabangsa.

Apa yang dikatakan oleh MP Gombak ini adalah selari dengan apa yang disentuh oleh MP-MP pembangkang di Dewan iaitu mengambil peluang menyelar kerajaan kerana kehilangan Pulau batu Putih yang hanya 7.7 batu dari Pantai terdekat di Johor dan jatuh ke tangan singapura. MP Gombak hanya pandai mengkritik tindakan kerajaan dalam hal ini. Sepatutnya beliau perlu melihat perkara ini secara total sebelum membuat hujah yang bukan-bukan. Delegasi Malaysia terdiri daripada mereka yang berwibawa dan juga dalam bidang undang-undang antarabangsa di samping dibekalkan dokumen-dokumen sahih untuk mempertahankan pendirian Malaysia.

Sebagai wakil rakyat MP Gombak sepatutnya menghargai keputusan ICJ tersebut kerana
Singapura gagal untuk mendapat apa yang dituntut termasuk lah Middle Rock dan South
Ledge. Mereka menghadapi kebingungan yang tinggi apabila keputusan ini dibuat. Tambah-tambah lagi apabila penyelesaiannya nanti akan membawa banyak kelebihan kepada Malaysia am nya dan penduduk-penduduk tempatan di Pantai Johor khususnya.

No comments: