Tuesday, May 20, 2008

IMEJ CHOW KIT AKAN DIPERTINGKATKAN

MP Kota Raja meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, memberi penjelasan sama ada kerajaan sedar atau tidak bahawa warga asing telah merebut peluang-peluang perniagaan yang disediakan untuk rakyat Malaysia.

Beliau juga ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan pembangunan untuk meningkatkan imej kawasan Chow Kit yang kini menjadi pusat pelacuran.

Menteri Wilayah Persekutuan menjawab, kerajaan amat sedar tentang isu mengenai orang tempatan yang diberikan lesen untuk berniaga tetapi sebaliknya bertindak menyewakan premis-premis mereka kepada warga asing.

Sehubungan itu, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati bersalah supaya rakyat tempatan dapat menjalankan perniagaan untuk meningkatkan pendapatan warga Kuala Lumpur.

Berhubung dengan usaha untuk meningkatkan imej kawasan Chow Kit, Datuk Seri Zulhasnan berkata, kerajaan sedang menjalankan tiga projek yang khusus untuk mengikis imej Chow Kit sebagai pusat pelacuran kepada destinasi pelancongan.

Pemerhati politik menyifatkan pertumbuhan pusat pelacuran di Chow Kit kerana wujudnya penawaran dan permintaan. Ada lelaki yang mencari pelacur, sudah tentu ada wanita yang menyediakan perkhidmatan pelacuran itu.

Jika ada permintaan, sudah tentu ada penawaran di mana saja di negara ini. Oleh itu, semua pihak termasuk MP kerajaan atau pembangkang (jika ada) perlu menggelakkan diri untuk mendekatkan diri sekalipun atau mengunjungi pusat-pusat pelacuran di mana saja kerana ia tidak akan mendatangkan nikmat tetapi padah berterusan. Antara penyakit yang boleh tersebar kepada pengunjung tetap pusat pelacuran ialah siplis dan Aids.

Selain itu, tindakan ibu atau bapa ayam yang membawa pelacur daripada negara luar perlu dibanteras untuk mengelakkan negara ini terkenal sebagai pusat pelacuran antarabangsa. Pelacur asing yang ditangkap perlu "diharamkan" masuk semula ke negara ini menerusi tindakan mengambil semua cap jari mereka agar usaha membendungnya dapat dilakukan dengan serius dan berkesan. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap ibu dan bapa ayam ini termasuk mengenakan hukuman berat termasuk penjara 20 tahun.Ini untuk menyedarkan mereka mengenai perbuatan yang tidak bermaruah itu.

No comments: