Wednesday, May 21, 2008

PENAMBAHAN PROGRAM SIARAN SABAH DAN SARAWAK

MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mahukan satu saluran khas untuk Sabah dan Sarawak dengan alasan siaran sedia ada tidak mencukupi dan memadai.

Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa berita dari Sabah dan Sarawak akan ditambah dari semasa ke semasa.

Selain itu, usaha dipertingkatkan bagi pembuatan drama-drama berlatar belakangkan persekitaran negeri Sabah dan Sarawak.

Ketika ini, RTM menyiarkan Warta Negeri pada jam 5 petang yang turut berlintas langsung ke Studio di Sabah dan Sarawak. Ini untuk membolehkan lebih banyak berita Sabah dan Sarawak dipaparkan dalam laporan berita.

Di samping itu, RTM turut juga menyiarkan berita Sabah dan Sarawak di semua beritanya termasuk Warta Perdana jam 8 malam. Berita Sabah dipancarkan dari Studio di Kota Kinabalu manakala Sarawak pula dari Studio di Kuching.

No comments: