Tuesday, May 20, 2008

MoU DIBATALKAN KERANA SEBAB TERTENTU

MP Taiping bertanya kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalinan Othman Said, apakah rasionalnya Kerajaan Persekutuan membatalkan MoU yang termeterai di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Menteri Pelancongan menjawab bahawa Kerajaan Persekutuan terpaksa membatalkan MoU itu untuk mengelakkan pelbagai isu pentadbiran pada masa-masa akan datang yang boleh digolongkan sebagai percanggahan dasar. Namun demikian, Kementerian Pelancongan masih mempopularkan acara-acara yang dikendalikan oleh kerajaan Negeri yang di bawah kuasa parti pembangkang.

Kerajaan Persekutuan tetap akan menyokong usaha dan program pelancongan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam menjadikan semua negeri di Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama tanpa mengira ideologi politik.

Kenyataannya beliau terutama mengenai percanggahan dasar itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan MP pembangkang dan mereka meminta laluan untuk mengemukakan pelbagai persoalan yang antaranya meminta Kerajaan Pusat tidak mengetepikan pelancongan di negeri-negeri yang disebutkan itu.

Datuk Seri Azalina terus bangun untuk menjelaskan tindakan kerajaan itu diambil kerana beberapa kejadian yang di mana Kerajaan Negeri Kelantan tidak menjelaskan bayaran gaji selama tiga bulan kepada kakitangan pelancongan. Oleh itu, adalah lebih baik urusan itu dilaksanakan terus oleh kementerian menerusi Ketua Setiausahanya. Bagaimanapun, beliau menegaskan semua program pelancongan tetap akan disokong oleh kerajaan dan ia sudah berjalan termasuk di Kelantan.

No comments: