Tuesday, May 20, 2008

PENGANGKUTAN DI LABUAN DIPERTINGKATKAN

MP Labuan ingin mengetahui apakah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, sedar mengenai masalah pengangkutan yang dihadapi oleh penduduk di Labuan.

Ketika ini, hanya sebuah syarikat sahaja yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan daripada Pulau Labuan ke Tanah Besar.

Beliau menjelaskan kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai keperluan penduduk Pulau Labuan. Penyediakan perkhidmatan feri antara Labuan dan Tanah Besar adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sabah. Namun, Kementeriannya berpendapat penyediaan pengangkutan antara Labuan dan Sabah adalah mencukupi untuk keperluan masa kini.

Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan sedang menyediakan kajian fleksibeliti untuk membina jambatan antara Labuan dan Tanah Besar Sabah dalam usaha bukan sahaja meningkatkan perkhidmatan malah untuk memastikan keselesaan rakyat Labuan dan menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan juga akan mengedarkan pelan perancangan tempatan Kuala Lumpur menjelang tahun 2020 kepada semua MP pembangkang supaya dapat memberi respon dalam menjayakan program pembangunan bagi tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

No comments: