Wednesday, May 21, 2008

SIJIL IPTS PERLU BERKUALITI

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Idris Haron, berkata KPT mewujudkan lima proses untuk memastikan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengeluarkan graduan yang berkualiti dan boleh mendapat kerja di pasaran.

Menurutnya, KPT yang mengamalkan dasar "proses yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik" memperkenalkan Proses kelulusan pengendalian sebelum mana-mana kursus dijalankan, Proses akreditasi profesional untuk mencapai tahap minimum akreditasi, proses standard minimum, proses akreditasi yang sukarela dan proses pematuhan akreditasi ke arah standard yang minimum.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mengawal mutu pendidikan IPTS dan memastikan pencapaian kecemerlangan dalam semua aspek. Satu program yang berterusan diwujudkan untuk memastikan kursus pengajian bermutu tinggi. Kerajaan juga menggalakkan persaingan yang sihat dalam sektor pendidikan tinggi swasta di mana setiap IPTS berusaha meningkatkan kualiti masing-masing. Akreditasi akan menjadi rujukan utama masyarakat terhadap sesebuah kewibawaan IPTS.

Menurut beliau, kementeriannya yakin dengan wujudnya usaha berterusan dan kerjasama daripada semua pihak, kualiti sijil yang dikeluarkan oleh IPTS akan sentiasa terjamin.

Beliau menjawab soalan MP Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

No comments: