Wednesday, May 21, 2008

ISU AIR PERCUMA



oleh : Pemuda Malaysia

MP Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) menjelaskan mengenai isu air percuma ketika ucapan penggulungan daripada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor.

MP Bandar Tun Razak berkata apabila perbincangan lanjut yang diadakan dengan SYABAS, beliau berkata bahawa SYABAS sebagai badan korporat telah menikmati keuntungan yang besar melalui perniagaan berasaskan air yang disalurkan kepada rakyat Selangor.

Oleh itu, melalui mekanisme yang telah dibincangkan secara lanjut di antara MP Bandar Tun Razak dan SYABAS, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk membekalkan air secara percuma akan tetap dilaksanakan. Ini kerana, SYABAS tetap akan menikmati keuntungan walaupun air diberi secara percuma kepada semua rakyat Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah membuat kira-kira bagi memastikan pelaksanaan pemberian air percuma dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.

Seharusnya MP Bandar Tun Razak mengkaji sebaik mungkin mengenai pelaksanaan pemberiaan air secara percuma kepada semua rakyat Selangor bagi memastikan janji-janji yang ditabur ketika PRU 12 tidak hanya mengabui mata pengundi dan rakyat Selangor.

Pemberian saguhati sbanyak RM 1000 kepada anak-anak Selangor yang berjaya ke IPTA dan IPTS juga telah dituntut oleh mereka. Jangan hanya pandai bercakap dan menabur janji sahaja, sebaliknya tunaikan setiap janji yang telah ditabur.

No comments: