Monday, May 12, 2008

BERAS MENCUKUPI DI NEGARA INI

MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, menimbulkan isu stok penimbal beras dan harga beras.Beliau bertanya kenapa kerajaan mencari-cari mekanisme menetapkan harga beras.Beliau juga menggesa kerajaan menetapkan mekanisme yang khususs supaya rakyat tidak bertanya-tanya terhadap harga beras.

Apakah benar kilang-kilang yang di pertanggungjawabkan proses beras menyorok atau memproses beras, maka wajarlah kerajaan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan bagi mengelak daripada berlakunya penyeludupan beras ke negara jiran dan juga keenganan kilang beras mengkilang atau menyorok beras yang di kilangkan itu.

Dalam hal ini, kerajaan lebih peka mengenai masalah beras ini. Perdana Menteri sendiri telah membuat banyak penjelasan mengenai perkara ini, termasuk mempastikan Malaysia tidak akan menghadapi kekurangan bekalan beras untuk keperluan rakyat Malaysia. PM juga telah membincang dengan PM Thailand, satu-satunya negara yang mengeluarkan beras yang terbesar di dunia, mengenai perkara ini. Menteri Pertanian juga diberi tanggungjawab untuk memberi tumpuan menangani supaya beras sentiasa cukup untuk keperluan Malaysia.

Setakat ini tidak kelihatan rakyat Malaysia menghadapi kekurangan beras seperti dihebohkan oleh parti pembangkang.Justeru, ahli-ahli pembangkang harus memperhentikan spekulasi bahawa negara menghadapi kekurangan beras dalam negara. Malah mereka harus bersama-sama menyokong usaha-usaha positif kerajaan BN.

No comments: