Tuesday, May 20, 2008

JKK..SUDAH TERANG BERSULUH PULA

Berkaitan dengan penggulungan oleh Menteri Kemajuan dan Pembangunan Luar Bandar, beberapa perkara telah diperjelaskan termasuklah yang berkaitan dengan herba, kelapa sawit, getah, sayur-sayuran, mini estet, dan JKK.

Menteri berkaitan telah menjelaskan satu persatu perkara ini dengan jelasnya. Ahli-ahli Dewan termasuklah MP Kinabatangan (BN), Pasir Salak(BN), Kubang Kerian (PAS), Padang Serai (PKR), Gombak (PKR), Pokok Sena (PAS), merancakkan suasana apabila mereka melontarkan pandangan dan soalan-soalan.

Mengenai JKK, Menteri berkenaan telah mengatakan kerajaan tidak berniat langsung untuk mempolitikkan isu tersebut sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang. Pembangkang bertubi-tubi meminta Menteri berkenaan memberi maklumat dan pendiriannya terhadap JKK. Walaupun penjelasan telah dibuat, pembangkang tidak mempedulikan arahan Yang Di Pertua Dewan iaitu perkara JKK telah diberi penerangan dengan panjang lebar.

Menteri memberi pepatah, 'sudah terang bersuluh pula'.

No comments: